Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

10 April 2018

63 bakat muda sertai Kem Bakat Badminton KBS di Kuala Pilah


Seramai 63 bakat baru telah mengambil bahagian dalam Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Sembilan yang berakhir kelmarin di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.

Program selama tiga hari dua malam itu dikendalikan barisan jurulatih berpengalaman Kelab Badminton Nusa Mahsuri. Mengamatkan lagi program, para peserta kem turut menerima suntikan juara apabila Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki Negara, Datuk (Dr) Misbun Sidek meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan mengendalikan beberapa sesi latihan sebelum beliau berlepas menyertai Kejohanan Badminton China Masters yang berlangsung mulai hari ini.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Tuan Yang Terutama Dato' Seri Hasan Malek. 

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Azura Haji Sarbin, Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek, Ketua Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Haji Abdul Rahman Dato' Haji Sidek, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah, Encik Khairoelnizam Shaari dan wakil Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Adam Khalib.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...