Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

26 Mac 2018

Para peserta Kem Bakat Badminton KBS Selangor teruja sentuhan perangsang YB Budiman


Majlis perasmian penutup Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor selamat disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Budiman Mohd Zohdi pada kelmarin.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Mohd Azhari Mohammad mewakili Ketua Setiausaha KBS, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Mohd Nor Said, Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Jalani Sidek, Datuk (Dr) Misbun Sidek, Pengarah Cawangan Penggalakan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Encik Syamsul Tahrin Mohd Tahir dan Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional JBSN, Tuan Haji Haris Ishak. 

Paling mencuri tumpuan ialah sentuhan perangsang Ahli Parlimen Sungai Besar itu buat para peserta Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor. Rata-rata bakat-bakat muda ini cukup teruja dengan kata-kata keramat itu sehingga menggamatkan Sungai Besar Badminton Centre.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...