Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

26 Mac 2018

Para peserta Kem Bakat Badminton KBS Selangor teruja sentuhan perangsang YB Budiman


Majlis perasmian penutup Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor selamat disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Budiman Mohd Zohdi pada kelmarin.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Mohd Azhari Mohammad mewakili Ketua Setiausaha KBS, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Encik Mohd Nor Said, Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Jalani Sidek, Datuk (Dr) Misbun Sidek, Pengarah Cawangan Penggalakan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Encik Syamsul Tahrin Mohd Tahir dan Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional JBSN, Tuan Haji Haris Ishak. 

Paling mencuri tumpuan ialah sentuhan perangsang Ahli Parlimen Sungai Besar itu buat para peserta Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor. Rata-rata bakat-bakat muda ini cukup teruja dengan kata-kata keramat itu sehingga menggamatkan Sungai Besar Badminton Centre.

21 Mac 2018

Lebih 60 peserta dijangka ambil bahagian Kem Bakat Badminton KBS Negeri Selangor Jumaat ini


Lebih 60 peserta muda dijangka mengambil bahagian dalam Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor di Sungai Besar mulai Jumaat ini.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara itu akan berlangsung selama tiga hari.

65 peserta gempak Kem Bakat Badminton KBS Sarawak di Miri


Seramai 65 bakat muda  berusia 9-12 tahun berjaya menamatkan Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri Ahad lalu.

Sepanjang tiga hari program berlangsung, para peserta kem telah didedahkan dengan pelbagai silibus asas permainan badminton kendalian barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri diketuai Haji Abd Rahman Dato' Haji Sidek.

Antaranya, latihan pukulan bawah dan atas, silibus shadow, asas permainan beregu, dan motivasi.

Majlis perasmian penutup programtelah disempurnakan oleh Menteri Muda Pelancongan, Kesenian Kebudayaan Negeri Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin, YB Datuk Lee Kim Shin.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, YBrs Encik Mohd Nizam Ismail, Encik Syed Zyed Wan Asnawi mewakili Pengarah IKBN Miri, Presiden Nusa Mahsuri, YBhg Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, Encik Mohamad Mazlan Haji Anis dan Naib Presiden Persatuan Badminton Miri, Encik Nathan Laing.


06 Mac 2018

Jadual Program Kem Bakat Badminton KBS 2018


NEGERI SABAH
Tarikh: 2-4 Mac 2018
Venue: Kombes Sabah, Putatan

NEGERI SARAWAK
Tarikh: 16-18 Mac 2018
Venue: IKBN Miri
Tel: 082-240631/082-248321

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 23-25 Mac 2018
Tel: 03 -55192326

NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 6-8 April 2018
Tel: 06-7613163/7641480

NEGERI PERAK
Tarikh: 20-22 April 2018
Tel: 05-5489500/501

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 4-6 Mei 2018
Tel: 03-20815800

NEGERI KEDAH
Tarikh: 5-7 Julai 2018
Tel: 04-7324500

WP LABUAN
Tarikh: 20-23 Julai 2018
Tel: 087-415344

NEGERI PERLIS
Tarikh: 3-5 Ogos 2018
Tel: 04-9793505

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 9-11 Ogos 2018
Tel: 09-6222344/09-6222333

NEGERI PULAU PINANG
Tarikh: 31 Ogos-2 Sept 2018
Tel: 04-6554444

NEGERI KELANTAN
Tarikh: 13-15 Sept 2018
Tel: 09-7661200

NEGERI JOHOR
Tarikh: 20-22 Sept 2018
Tel: 07-2232614

NEGERI PAHANG
Tarikh: 4-6 Oktober 2018
Tel: 09-5164354

NEGERI MELAKA
Tarikh: 12-14 Oktober 2018
Tel: 06-2345900/902/903

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem bakat badminton ini, sila hubungi  Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan tarikh/venue program akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sabah muncul negeri pertama laksanakan Kem Bakat Badminton KBS tahun 2018


Majlis perasmian penutup Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Sabah telah selamat disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Sabran Abd Bahar pada kelmarin.

Turut menyeri majlis ialah Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Noorman Ramlan, Haji Rahman Dato' Haji Sidek dan wakil Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Adam Khalib.

Sabah merupakan negeri pertama yang mengadakan program berbentuk tahunan ini pada tahun 2018 diikuti Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan dan seterusnya negeri-negeri lain.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...