Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

18 Disember 2018

Program Intensif Kem Bakat Badminton KBS capai objektif


Majlis Perasmian Program Intensif Kem Bakat Badminton KBS disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad.

Hadir sama ialah Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Haji Haris Ishak, Pegawai Khas kepada Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Tuan Zurie Hanmi, Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Jalani Sidek dan Ketua Jurulatih Program, Datuk (Dr) Misbun Sidek.

Seramai 12 peserta terpilih telah mengambil bahagian dalam program ini yang berlangsung selama sembilan hari.

Secara kesimpulannya, program yang bertujuan untuk mengenengahkan ilmu permainan badminton lebih sistematik kepada para peserta Kem Bakat Badminton KBS berjaya mencapai objektifnya.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg Dato' Lokman Hakim Ali turut meluangkan masa menyaksikan perjalanan aktiviti sambil berpeluang mempamerkan sentuhan berbisa menentang beberapa peserta program.


07 November 2018

Terengganu azam bangkit dari kekecewaan


Terengganu berazam untuk bangkit dari kekecewaan yang dialami pada Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS tahun lalu. 

Menyedari misi yang kelihatan sukar, Pengurus Pasukan, Ahmad Fadzli Mohammad berkata, pihaknya akan memastikan kemenangan demi kemenangan dicapai di peringkat kumpulan. 

“Sudah pasti kami akan buat yang terbaik dalam setiap perlawanan yang ditempuh. Kami mahu menang. 

Dua tahun lalu, skuad Sang Penyu itu pernah beraksi di pentas final sebelum tunduk kepada Sabah.

Pengurus Pasukan: 
AHMAD FADZLI MOHAMMAD  
Jurulatih: 
SHAHRIL MAT DESA 

 'Peteh Terengganu Peteh'

Lang Merah sedia terima cabaran


Inilah wajah skuad Lang Merah yang akan membawa cabaran di Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018. 

Biarpun menjadi negeri terakhir dalam penganjuran Kem Bakat Badminton KBS, ia tidak langsung memberi tekanan ekoran kesuntukan masa malah pihak pengurusan skuad sambil dibantu barisan jurulatih sempat mengadakan latihan pusat sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. 

Program latihan selama tiga jam itu berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Jalan Stadium yang diselaraskan oleh Puan Husaini Husain sambil dibantu Encik Muhammad Alli yang bertindak selaku Ketua Kontijen dan Pengurus Pasukan, Encik Rayner Justine dan jurulatih, coach Amirul. 

'Pulun Kedah Pulun'

Nurmasnira serah bendera buat pemain Perlis


Penolong Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Nurmasnira Morad menyerahkan bendera negeri Perlis kepada Kapten Pasukan Afiq A'amar ke Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018 yang diadakan di Dewan Badminton Kangar. 

Turut hadir ialah Ketua Jurulatih Persatuan Badminton Negeri Perlis, coach Izuan Ibrahim serta Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Perlis, Encik Adzib Ariff.

Sabah optimis pertahan kejuaraan


"Sabah sentiasa mengambil langkah berwaspada dalam usaha mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018. 

"Bagaimanapun, kami optimis untuk merangkul kejuaraan buat kali keempat, namun tetap berwaspada dengan cabaran yang diterima daripada pasukan lain, " demikian tegas Pengurus Pasukan, Abang Syamsulzainuri Abang Sapini ketika mengulas tentang prospek Sabah pada kejohanan kali ini.  

Sabah merupakan juara kejohanan tiga tahun berturut-turut bermula tahun 2015.  

Pengurus Pasukan: 
 ABANG SYAMSULZAINURI ABANG SAPINI 

Jurulatih: 
 ASROF JUNUS NORFERUZANAH JAFRI 

 #radusabahradu #sabahtatap #originalsabahan

Amanat khas Pengarah JBS buat pemain WP Labuan


Majlis penyerahan bendera WP Labuan dan penyampaian amanat khas daripada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, YBrs. Encik Hazzan Dahari kepada delegasi pemain ke Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018 telah diadakan di Kompleks Sukan Labuan pada kelmarin.

Mohmad Embong serah bendera negeri kepada pemain Kelantan


Satu majlis penyerahan bendera negeri kepada skuad Kelantan telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada semalam. 

Penyerahan itu telah dilakukan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Mohmad Embong kepada Kapten Pasukan, Tuan Muhammad Najmuddin Tuan Daud sambil disaksikan barisan pegawai dan pemain.

Kejayaan suku akhir tahun lalu tonik semangat buat pemain Labuan pamer persembahan lebih mantap


Kejayaan mara ke suku akhir pada tahun lalu nyata memberi tonik semangat kepada barisan pemain WP Labuan untuk memperaga persembahan yang lebih mantap pada Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018. 

Para pemain yang terpilih telahpun menjalani beberapa sesi latihan yang dikendalikan barisan jurulatih Persatuan Badminton WP Labuan. 

Selamat maju jaya Labuan!

Selangor pasang impian menyamai pencapaian 2015


Selangor menyimpan impian untuk menyamai pencapaian gemilang pasukan itu pada kejohanan yang berlangsung di Ilsas Bangi pada tahun 2015. 

" Walaupun bakal menghadapi cabaran getir terutama datangnya dari juara bertahan, Sabah dan naibnya, Kelantan, namun ia tidak langsung merentap semangat barisan pemain untuk membuktikan bahawa impian itu bisa dicapai berkat bimbingan jurulatih berpengalaman, Halim Abu Bakar. Kami akan cuba bangkit dan memberi cabaran sengit kepada pasukan lain. 

"Saya percaya barisan pemain yang terpilih mampu memberi persembahan terbaik mereka dalam menjulang nama Selangor pada kejohanan itu nanti," tegas Pengurus Pasukannya, Puan Nik Mariyana Nik Ahmad. 

Pengurus Pasukan: NIK MARIYANA NIK AHMAD 

 Jurulatih: HALIM ABU BAKAR 

 'Bangkit Selangor Boleh'

Pulau Pinang sasar kelompok empat terbaik


Pengurus Pasukan Pulau Pinang, Saiful Adli Sudin sedar tentangan sengit yang bakal ditempuhi pasukannya dalam saingan Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2018. 

" Namun semua itu bukanlah satu penghalang buat skuad Pulau Mutiara itu untuk memecah kebuntuan dalam mencapai kemenangan dan sekaligus memastikan rekod tahun-tahun sebelumnya mampu diatasi dengan melangkah lebih jauh pada kejohanan kali ini. 

" Musim lalu, rekod kami mungkin tidaklah sebaik pasukan lain, tetapi kali ini, sebagai pasukan underdog, kami cuba memperbaiki dan menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik kejohanan," katanya dengan nada yakin. 

Haria Penang Haria! 

 Pengurus Pasukan: ENCIK SAIFUL ADLI SUDIN 

 Jurulatih: ENCIK M. KARTHI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...