Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

08 November 2016

58 bakat muda sertai Kem Bakat Badminton KBS di Sarawak


SERAMAI 58 orang  yang terdiri bakat muda yang berusia 9-12 tahun telah menyertai  Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Sarawak yang berakhir kelmarin.

Program yang diadakan selama tiga hari anjuran  Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri itu berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching.



03 November 2016

Kem Bakat Badminton KBS akan terbang ke Kuching mulai esok

Kem Bakat Badminton KBS akan terbang ke Kuching selama tiga hari mulai esok hingga Ahad.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.



01 November 2016

Kem Bakat Badminton KBS di Kelantan tarik penyertaan 57 bakat baru


Foto: LIA MURNI MISBUN

PROGRAM Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Kelantan pada tahun ini disertai 57 bakat baru berusia 9 - 12 tahun yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji selama tiga hari baru-baru ini.

Menurut Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) Puan Amysiah Yusof, program ini merupakan pendedahan kepada bakat-bakat baru terhadap asas permainan yang betul.

"Program ini adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang juga bertujuan menyemarakkan lagi pembangunan badminton di peringkat akar umbi.

Majlis Amanat dan Penyampaian Sijil kepada para peserta kem disempurnakan oleh Pengarah JBSNK, YBrs Tuan Haji Mohd Salleh Ramli. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Nusa Mahsuri, YBhg Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek, Wakil Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Khairul Anwar Kamarudin, Ketua Jurulatih Program, Datuk (Dr) Misbun Dato' Haji Sidek.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...