Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

02 Disember 2016

Sabah pertahan juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS buat dua musim berturut-turut


Foto Oleh: Lia Murni Misbun

IMPIAN Kontijen Negeri Sabah gelaran juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS buat dua musim berturut-turut akhirnya tercapai selepas menewaskan Terengganu 4-1 pada pentas final kejohanan itu yang berlangsung di Pusat UiTM Shah Alam baru-baru ini.

Berikutan kejayaan ini,Negeri Di Bawah Bayu berjaya membawa pulang hadiah RM2,000, tropi, medal dan raket setiap pemain yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian dan Belia dan Sukan (KBS), Yang Berbahagia Dato' Lokman Hakim bin Ali pada majlis perasmian penutup kejohanan yang disambut penuh gemilang.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBhg Datuk Hatipah binti Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pembangunan Sukan),  Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs Encik Mohd Azhari bin Mohammad, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan  Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah Cawangan Pembangunan Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim, Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NusaMahsuri), YBhg Dato' Seri Mohd Jalani bin Dato' Haji Sidek dan Ketua Jurulatih Nusa Mahsuri,  YBhg Datuk (Dr) Misbun bin Dato' Haji Sidek, Dato' Mohamad Razif bin Dato' Haji Sidek dan Haji Abdul Rahman Dato' Haji Sidek.

Kontijen Kedah dan Selangor pula muncul sebagai pemenang tempat ketiga dan keempat.

Kira-kira 15 kontijen telah mengambil bahagian pada kejohanan yang diadakan selama dua hari itu termasuk dua kontijen daripada Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur dan Labuan.

Sementara itu, dua bakat muda, Muhammad Danish dan Shaneesa yang masing-masing berusia 7 tahun dan 9 tahun dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Pada majlis penutup tersebut, satu perlawanan khas VVIP mencuri tumpuan ramai yang yang melibatkan aksi gandingan Dato' Lokman Hakim/Mohd Ziyad Md Tah menentang Datuk (Dr) Misbun/Dato' Mohamad Razif selain penampilan khas daripada Sidek Brother's.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...