Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

25 Oktober 2016

57 bakat baru tamat latihan dengan cemerlang di Rembau


Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

Seramai 57 bakat baru telah menyertai Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Sembilan selama tiga hari di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong, Rembau yang berakhir kelmarin.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNNS)  dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri, IKTBN Chembong dan Insitut Sukan Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato' Zaifulbahri Idris diberi penghormatan merasmikan majlis penutup program. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah JBSNNS, Puan Azura Sarbin, Pengarah IKTBN Chembong, Dr Aruna Ismail, Datuk (Dr) Misbun Sidek selaku Ketua Jurulatih Program, Wakil Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Encik Adam Khalib dan Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBSNNS, Encik Suhaimi Aini.



20 Oktober 2016

Kem Bakat Badminton KBS singgah di IKTBN Chembong


SELEPAS berkunjung ke Melaka pada minggu lalu, kini tiba masanya Kem Bakat Badminton KBS singgah ke Negeri Sembilan  mulai esok hingga Ahad dengan IKBTN Chembong dipilih sebagai venue program.

18 Oktober 2016

Kem Bakat Badminton KBS tarik penyertaan 62 bakat muda Melaka


Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

PROGRAM Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh baru-baru ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 62 orang peserta.

Selain menerima pendedahan dan tunjuk ajar sistem permainan badminton yang betul daripada barisan jurulatih berpengalaman Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Nusa Mahsuri) selama tiga hari  para peserta kem turut diberi pengetahuan berhubung asas pemakanan atlet yang disampaikan oleh Pegawai Sains Pemakanan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Puan Rohana Yaa'kof.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Encik Mohd Fauzi bin Haji Ariffin. Hadir sama ialah Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Mohd Jalani bin Dato' Haji Sidek.


11 Oktober 2016

Kem Bakat Badminton KBS di Melaka 14-16 Oktober ini


Ibu-bapa perlu beri komitmen tinggi andai mahu anak mereka berjaya - Kamarulzaman Hassan


Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

Para ibu-bapa disaran memainkan peranan penting dan memberi komitmen tinggi  jika ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam arena badminton.

"Sebagai ibu-bapa, kita kena beri komitmen yang lebih kepada anak-anak kita, barulah mereka boleh menjadi jaguh badminton samada di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan, tegas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Dato' Kamarulzaman Hassan Mansor  ketika berucap merasmikan majlis penutup Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Pahang di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin.

Kamarulzaman mewakili Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pahang, YB Dato' Mohd Johari Hussain.

Turut hadir pada majlis penutup itu ialah Datuk (Dr) Misbun Sidek yang bertindak sebagai Ketua Jurulatih Program serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin, Encik Wan Mahazani Tahir.

Seramai 55 bakat muda di sekitar Pahang telah mengambil bahagian pada program selama tiga hari itu.



03 Oktober 2016

60 bakat muda meriahkan Kem Bakat Badminton KBS di Labuan


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

PROGRAM Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Wilayah Persekutuan (WP) Labuan menyaksikan seramai 60 bakat muda telah mengambil bahagian yang diadakan  di Kompleks Sukan Labuan.

Program selama tiga hari itu dikendalikan barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri diketuai Datuk (Dr) Misbun Dato' Haji Sidek dan Cik Joanne Bernatte John dari Institut Sukan Negara Negeri Sabah.

Ia dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) WP Labuan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Institut Sukan Negara dan Persatuan Badminton WP Labuan.

Majlis perasmian penutup program telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Rozman Datuk Haji Isli. Turut hadir ialah Pegawai Pembangunan Rakan Muda JBS WP Labuan, Puan Rosnani Oyoh, Presiden Persatuan Badminton WP Labuan, Encik Faudzi Rashid dan Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBS WP Labuan, Encik Idi Ladinda.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...