Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

27 September 2016

50 bakat muda serlah bakat di Perlis


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

Seramai 50 bakat muda sekitar negeri Perlis telah mengambil bahagian pada Program Kem Bakat Badminton peringkat negeri itu bermula 23-25 September lalu di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis dekat Kangar.

Menurut Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Perlis, Encik Karim Khan, jumlah permintaan bagi menyertai program ini amat memberangsangkan. Bagaimanapun, pihaknya menghadkan penyertaan kepada 50 orang sahaja dengan mengambil kira pelbagai sudut termasuk peruntukan yang disediakan.

"Dengan adanya program seumpama ini, sedikit sebanyak memberi peluang kepada bakat-bakat muda untuk mengasahkan bakat dan  mempelajari ilmu daripada jurulatih berpengalaman.

Program selama tiga ini dikendalikan oleh barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri diketuai oleh Datuk (Dr) Misbun Sidek disamping turut menerima modul Sains Pemakanan yang disampaikan Pegawai Kesihatan Negeri Perlis, Encik Nubairi Adha Yusof. 

Majlis perasmian penutup program telah dilakukan oleh Pengarah JBSN Perlis, Tuan Haji Othman Abdul. Turut sama hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan JBSN Perlis, Puan Nadlin Alwi.





19 September 2016

Kemuncak Kem Bakat Badminton KBS KL: Dato' Lokman Hakim pukau perhatian ramai


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

Kehadiran dan aksi permainan mantap dipamerkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia, YBhg Dato' Lokman Hakim Ali dalam satu perlawanan VVIP ternyata memukau perhatian ramai dan menjadi kemuncak Program Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berakhir di Dewan Serbaguna INTAN Bukit Kiara semalam.

Beliau yang berpasangan dengan bekas pemain skuad Piala Thomas 1992, Haji Rahman Dato' Sidek menentang gandingan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Tuan Mohd Azhari Mohammad/ Lagenda badminton negara, Datuk (Dr) Misbun Dato' Sidek.

Terdahulu dari itu, Dato'  Lokman Hakim  dalam ucapannya  ketika merasmikan program penutup kem tersebut berkata, pihak KBS sentiasa menekankan aspek pembangunan bakat muda di peringkat akar umbi untuk memastikan suatu hari nanti negara kita dikenali sebagai negara aktif bersukan dan mempunyai rakyat yang sihat dan produktif.

"Selain penekanan ini, kita juga mahu mengenalpasti individu-individu berbakat bagi mewakili negara menerusi bidang sukan selain memupuk nilai-nilai perpaduan antara kaum sepertimana yang kita lihat pada Sukan Olimpik Rio.


Mengenai Program Kem Bakat Badminton KBS, beliau menyambut baik objektif program tersebut yang bertujuan mahu melahirkan lebih ramai bakat-bakat berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Saya amat berharap bakat-bakat baru yang menyertai program ini dapat memahami dan mempraktikkan teknik-teknik asas permainan badminton supaya mereka dapat memajukan diri dalam sukan badminton dan seterusnya melangkah ke peringkat lebih tinggi lagi.

Seramai 57 peserta yang terdiri daripada bakat-bakat muda berusia 9-12 tahun telah mengambil bahagian pada program selama tiga hari dan dua malam itu.

"Ada satu pepatah berkata bahawa  orang yang terbaik itu adalah orang yang mempunyai ilmu. Jadi, saya mahu bakat-bakat muda ini menerima sebanyak mungkin ilmu yang bermanfaat dan diamalkan dalam usaha mempertingkatkan prestasi ke tahap lebih baik lagi.

Sambil itu, Dato' Lokman Hakim menambah, para peserta yang berjaya dalam pertandingan kem bakat badminton KBS di peringkat negeri berpeluang menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan.

Turut hadir pada majlis penutup ialah Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, KBS, Encik Syamsul Tahrin Mohd Tahir dan Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Sidek.

08 September 2016

Badminton Unlimited 2016 | Episode 140

Cerita Kem Bakat Badminton KBS dan Datuk (Dr) Misbun Sidek menjadi paparan dalam Program Badminton Unlimited Episod 140 yang boleh ditonton sekarang!

Badminton Unlimited | Misbun Sidek

Cerita Datuk (Dr) Misbun Sidek tersiar lagi di Youtube BadmintonWorld.tv dalam Program Badminton Unlimited yang boleh ditonton sekarang!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...