Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

16 Ogos 2016

60 bakat baharu ambil bahagian di Kedah


SERAMAI 60 bakat baharu yang terdiri daripada 45 lelaki dan 15 perempuan telah mengambil bahagian dalam Program Kem Bakat Badminton Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Alor Setar yang berakhir Sabtu lalu.

Sepanjang kem diadakan, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai bentuk latihan dan topik asas merangkumi latihan atas gelanggang serta kelas teori yang dikendalikan barisan jurulatih berpengalaman diketuai lagenda badminton negara, Datuk (Dr) Misbun Sidek.

Selain itu, para peserta kem turut menerima pengetahuan berhubung Pemakanan Sukan yang disampaikan Pegawai Kesihatan Alor Setar, Puan Nur Wahidda Azmi.

Majlis perasmian penutup program telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Pembangunan Insan Negeri Kedah, YB Dato' Aminuddin Omar. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Tuan Mod Nadzri Yaacob dan Timbalannya, Haji Nor Azlee Abdullah.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...