Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

30 Ogos 2016

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-59 Malaysia tercinta


Kem Bakat Badminton tarik penyertaan 65 bakat muda di Terengganu


PROGRAM Kem Bakat Badminton KBS yang berkampung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Jalan Pasir Panjang yang berakhir Sabtu lalu berjaya menarik penyertaan seramai 64 bakat muda.

Sepanjang program berlangsung selama tiga hari itu memperlihatkan ramai bakat baru yang mengambil bahagian memiliki potensi besar apatah lagi komitmen ditunjukkan mereka pada setiap sesi latihan cukup mengkagumkan Datuk (Dr) Misbun Sidek dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri.

Majlis perasmian penutup program telah dilakukan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis. 

Hadir sama ialah Presiden Persatuan Badminton Negeri Terengganu, Dato' Syed Abu Bakar bin Abdullah, Wakil Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Encik Khairul Anwar bin Kamarudin, Pegawai Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBSNT, Encik Khairul Adli serta Presiden Kelab Badminton Tigasat, Encik Najhan bin Ali. 


25 Ogos 2016

Kem Bakat Badminton KBS terima liputan eksklusif dari BadmintonWorld.tv



PROGRAM Kem Bakat Badminton KBS buat julung-julung kalinya menerima liputan meluas dari media antarabangsa.

Paling terbaru, BadmintonWorld.tv yang merupakan penyiar kepada Persekutuan Badminton Dunia hari ini telah memaparkan program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dalam programnya, "Badminton Unlimited".

Penggambaran segmen "Misbun Sidek Badminton Clinic" dan "Episode 138" telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin sewaktu penganjuran Kem Bakat Badminton  KBS Peringkat Negeri Johor baru-baru ini.

23 Ogos 2016

Video Kem Bakat Badminton KBS Negeri Pulau Pinang

52 bakat baru gegar Pulau Pinang


SERAMAI 52 bakat baru yang terdiri daripada 38 lelaki dan 12 orang perempuan telah menyertai Program Kem Bakat Badminton Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan selama tiga hari bermula 19 Ogos lepas di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Batu Uban.

Mereka beruntung apabila menerima sentuhan tunjuk ajar termasuk latihan diatas gelanggang daripada barisan jurulatih profesional dari Kelab Badminton Nusa Mahsuri diketuai Datuk (Dr) Misbun Sidek.

Majlis perasmian penutup program telah dilakukan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pulau Pinang, Tuan Haji Zahari bin Abdul Mubin. Hadir sama ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN Pulau Pinang, Encik Rohairry bin Che Ros dan Presiden Kelab Badminton Seberang Jaya, Encik M.Karthi.



16 Ogos 2016

Video Kem Bakat Badminton KBS Negeri Kedah

60 bakat baharu ambil bahagian di Kedah


SERAMAI 60 bakat baharu yang terdiri daripada 45 lelaki dan 15 perempuan telah mengambil bahagian dalam Program Kem Bakat Badminton Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Alor Setar yang berakhir Sabtu lalu.

Sepanjang kem diadakan, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai bentuk latihan dan topik asas merangkumi latihan atas gelanggang serta kelas teori yang dikendalikan barisan jurulatih berpengalaman diketuai lagenda badminton negara, Datuk (Dr) Misbun Sidek.

Selain itu, para peserta kem turut menerima pengetahuan berhubung Pemakanan Sukan yang disampaikan Pegawai Kesihatan Alor Setar, Puan Nur Wahidda Azmi.

Majlis perasmian penutup program telah dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Pembangunan Insan Negeri Kedah, YB Dato' Aminuddin Omar. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Tuan Mod Nadzri Yaacob dan Timbalannya, Haji Nor Azlee Abdullah.








09 Ogos 2016

Kem Bakat Badminton KBS berkampung di Kedah 11-13 Ogos ini


Program Kem Bakat Badminton KBS akan berkampung di Kedah selama tiga hari bermula 11-13 Ogos 2016.

Jumpa kami di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah noooo...

07 Ogos 2016

Video Kem Bakat Badminton KBS Negeri Johor

55 bakat muda menggegar Kem Bakat Badminton KBS di Johor


Program Kem Bakat Badminton KBS menerima sambutan hangat di Peringkat Negeri Johor apabila seramai 55 bakat muda menyertai program tersebut selama tiga hari berakhir semalam.

Bermula dari pendedahan teori Pemakanan Sukan oleh pegawai Insitut Sukan Negara, para peserta kemudian menerima motivasi oleh barisan jurulatih daripada Kelab Badminton Nusa Mahsuri pada hari malamnya.

Pada hari kedua dan ketiga program, para peserta diberi tunjuk ajar teori dan praktikal secara mendalam tentang kaedah permainan badminton yang betul termasuk asas pengenalan badminton, senam cergas, latihan pelbagai jenis pukulan, skill work, shuttle drill, latihan berkumpulan dan akhirnya soal jawab peserta bersama jurulatih.

Majlis perasmian penutup telah dsempurnakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Johor, Puan Noremelia binti Rosla. Turut hadir ialah Pegawai Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBSN Johor, Puan Fadhilah binti Tahar, Ketua Jurulatih Program, Datuk Dr Misbun bin Dato' Haji Sidek dan Haji Abdul Rahman bin Dato' Haji Sidek.

Program ini anjuran Kementerian Belia dan Sukan, JBSN Johor dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...