Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

16 Disember 2015

Sabah juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS Kebangsaan 2015


SABAH Berjaya memperagakan aksi mantap sepanjang Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Kebangsaan 2015.

Ini terbukti apabila skuad Bumi Kenyalang itu dinobatkan sebagai juara kejohanan selepas menundukkan Selangor pada aksi final yang cukup mendebarkan di TNB ILSAS, Bangi baru-baru ini.

Pengurus Pasukan, Mohd Dzulfahmi Mohd Tahar sambil dibantu jurulatih Abdul Malik Zainal akhirnya menarik nafas lega ketika pengumuman juara menjadi milik Sabah berdasarkan kiraan mata setelah kedua-dua finalis terikat kedudukan 8-8 sebaik sahaja tamat keseluruhan permainan.

Dzulfahmi sewaktu ditemui berkata, kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan dorongan kuat yang dimainkan semua pihak selama ini termasuk barisan jurulatih dan ibu-bapa.
Sabah berjaya membawa pulang hadiah RM6,000 manakala Selangor tetap berpuas hati dengan RM3,500.

Sementara itu, Kuala Lumpur dan Terengganu mendominasi tempat separuh akhir turut menerima hadiah RM2,000 setiap pasukan.


Kejohanan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan TNB ILSAS Bangi yang bermatlamat mencungkil bakat-bakat baru  di peringkat akar umbi selain memberi peluang pendedahan kejohanan dan latihan badminton yang sistematik.

Sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan selama tiga hari tu.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengarah Cawangan Penggalakkan dan Pembangunan Sukan KBS, Abdul Ghani Abdul Rahman manakala  pembukaan rasmi Kejohanan  dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha KBS, Lokman Hakim Ali.

04 September 2015

Tiba masanya bakat baru Pahang ikuti latihan Kem Bakat Badminton


SELEPAS Sabah, Labuan dan Kelantan, kini tiba masanya Pahang pula menjadi venue Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri yang diadakan selama tiga hari bermula petang ini.

Bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, seramai 60 bakat baru sekitar daerah di negeri yang terkenal dengan imej Tok Gajahnya dijangka akan mengambil bahagian dan mengikuti program latihan Kem Bakat Badminton yang akan dikendalikan oleh legenda badminton negara, Datuk Dr Misbun Dato' Hj Sidek dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri.


01 September 2015

Kem Bakat Badminton berlangsung dengan jayanya di tiga buah negeri

Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Negeri Sabah
Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri WP Labuan

Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Negeri Kelantan

ALHAMDULILLAH dipanjatkan rasa syukur Program Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri telahpun berlangsung dengan jayanya sepanjang bulan Ogos di tiga buah negeri.

Sabah muncul negeri pertama dijejaki team Kem Bakat Badminton diikuti Wilayah Persekutuan Labuan dan minggu lepas pula berada di Kelantan.

Pada September ini, Kem Bakat Badminton akan menyusuri negeri Terengganu, Sarawak dan Perlis.

Bagi bakat-bakat muda berusia 9-12 tahun dan belum pernah menyertai program ini serta tidak pernah mewakili negeri pada mana-mana kejohanan, andai berminat boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri untuk memperolehi maklumat lanjut.

30 Julai 2015

KBS teruskan kesinambungan Kem Bakat Badminton tidak lama lagi


BAGI merealisasikan pembangunan sukan badminton negara, Kementerian Belia dan Sukan menerusi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan meneruskan kesinambungan Program Kem Bakat Badminton dijangka bermula tidak lama lagi..

Justeru itu, bakat muda yang berusia genap 9-12 tahun sahaja dan tidak pernah menyertai program ini sebelumnya boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran untuk memperolehi info lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...