Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

23 November 2014

Kuala Pilah lokasi terakhir Kem Bakat Badminton 2014



KUALA PILAH akan menjadi lokasi terakhir Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri 2014.

Bandar diRaja ini terpilih sebagai lokasi kem bagi peringkat Negeri Sembilan. Ia akan berlangsung di Kompleks Rakan Muda mulai 28-30 November ini.

Info lanjut berhubung program negeri ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan ditalian 06-7613163/7641480.

13 November 2014

Pulau Pinang terima kunjungan Kem Bakat Badminton 14-16 November

SELEPAS Johor dan Pahang, kini tiba masanya Pulau Pinang bakal menerima kunjungan urusetia Kem Bakat Badminton mulai esok yang akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN), Batu Uban.

Program anjuran Bahagian Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan,  JBSN Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara akan diadakan selama tiga hari.

Info lanjut dan pendaftaran, sila hubungi Bahagian Sukan, JBSN Pulau Pinang di talian 04-6554444.

02 November 2014

Kem Bakat Pahang berlangsung di KRM Rompin 7-9 November ini


PROGRAM Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Pahang akan berlangsung di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin selama tiga hari bermula 7 November ini.

Program yang bertemakan mencungkil bakat-bakat baru berusia 9-12 tahun ini akan didedahkan dengan silibus sistem permainan badminton yang betul mencakupi shuttle drill, latihan shadow, motivasi, teknik asas dan sesi pemakanan.

Seramai 70 peserta dijangka akan mengambil bahagian pada program kali ini. Info lanjut atau pendaftaran, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang di talian 09-5164354.

14 Oktober 2014

Kem Bakat Badminton Johor di Larkin 16-18 Oktober



PROGRAM Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Johor akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin mulai 16-18 Oktober 2014.

Kem yang diselaraskan oleh barisan jurulatih berpengalaman Nusa Mahsuri diketuai Datuk Dr. Haji Misbun Dato' Haji Sidek akan dijalankan selama tiga hari yang mencakupi pelbagai silibus latihan termasuk shuttle drill, latihan shadow, senaman cergas, motivasi dan sesi pemakanan yang turut menerima sokongan daripada Institut Sukan Negara.

03 Oktober 2014

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiadha buat peserta Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri



PIHAK Urusetia Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiadha buat semua peserta  beragama Islam yang pernah dan akan mengikuti kem ini.

Mudah-mudahan, perayaan kali ini akan disambut dalam suasana penuh keharmonian dan ikatan silataulrahim sesama kita, insyaallah.

18 September 2014

Kombes Ipoh lokasi Kem Bakat Badminton Perak mulai Jumaat ini


SELEPAS Alor Setar dan Ayer Keroh kini tiba pula masanya Ipoh menjadi lokasi Program Kem Bakat Badminton bagi Peringkat Negeri Perak mulai Jumaat ini.

Program selama tiga hari ini akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Negeri Perak, Ipoh.

09 September 2014

Dari Kedah, Kem Bakat Badminton menjelajah ke Melaka Jumaat ini

AYER KEROH...lokasi Kem Bakat Badminton Peringkat Negeri Melaka.

Lebih 60 orang peserta dijangka akan mengambil bahagian dalam Program Kem Bakat Badminton Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung selama tiga hari mulai 12 September ini.

Program yang berteraskan teori dan praktikal ini akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program ini, sila dapatkan info lanjut dan syarat-syarat penyertaan daripada Bahagian Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka di talian 06-2345900/901/903.

01 September 2014

Kedah lokasi terbaru Kem Bakat mulai 4 September ini


NEGERI Kedah menjadi lokasi terbaru Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar selama tiga hari bermula 4 September ini.

Sepertimana kelazimannya, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek dijangka mengetuai team Nusa Mahsuri bagi mengendalikan program ini disamping para peserta kem turut berpeluang menerima bimbingan dari aspek pemakanan yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan dari Insitut Sukan Negara.

21 Ogos 2014

Selepas Terengganu dan Selangor, Kem Bakat menjelajah pula ibukota KL



SELEPAS dua minggu berkampung di Kuala Terengganu dan Bangi, Kini tiba masanya Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri menjelajah pula ibu kota Kuala Lumpur.

Bertempat di Kompleks Sukan Kampung Pandan, kira-kira 60 orang bakat baru yang berusia 9-12 tahun dijangka menjalani latihan badminton sistematik selama tiga hari bermula lewat petang Jumaat ini yang diselaraskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

16 Julai 2014

Kem Bakat Badminton ke Terengganu 7-9 Ogos ini


INGIN dimaklumkan bahawa Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Terengganu akan diadakan selama tiga mulai 7 - 9 Ogos 2014.

Kepada bakat-bakat baru yang berminat, untuk menyertai program ini boleh menghubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu di talian 09-6222344/09-6222333 untuk urusan pendaftaran. Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana penyertaannya adalah terhad.

17 Jun 2014

105 bakat baru sertai Kem Bakat Labuan



SERAMAI 105 bakat baru telah mengambil bahagian pada Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Kompleks Sukan Labuan yang berakhir kelmarin.

Kem yang diadakan selama tiga hari itu menerima sentuhan daripada lagenda badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato' Haji Sidek dan barisan jurulatih profesional Nusa Mahsuri yang diketuai Haji Abdul Rahman Dato' Sidek.

Majlis perasmian penutup kem telah dilakukan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Encik Zaini Abd Aziz. Turut menyaksikan program ini ialah Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Roszman Datuk Haji Isli yang berkesempatan melakukan tinjauan sambil beramah mesra dengan para peserta kem.

12 Jun 2014

Cabaran peserta Kem Bakat Badminton Labuan bermula esok


CABARAN para peserta Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula esok.

Mengikut jadual program esok, setiap peserta akan menghadiri sesi pendaftaran dan pengenalan pada sebelah petang diikuti segmen pemakanan oleh pegawai Insitut Sukan Negara dan malamnya akan disajikan sesi motivasi oleh barisan jurulatih Nusa Mahsuri.

05 Jun 2014

Kem Bakat Badminton di Labuan bermula 13 Jun ini


DIMAKLUMKAN bahawa Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan akan diadakan selama tiga hari bermula 13 Jun ini.

Untuk info lanjut, bakat-bakat baru yang berminat menyertai program ini boleh menghubungi Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan 087-415344.


30 April 2014

Kem Bakat Badminton 'terbang' ke KK 2-4 Mei ini


Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri akan 'terbang' dan menemui bakat-bakat baru negeri Sabah mulai 2-4 Mei ini.

Kota Kinabalu merupakan destinasi ketiga kem bakat. Sebelum ini, program ini telah dilaksanakan di SMK Semerah Padi, Petrajaya dan Kompleks Belia dan Sukan JBSN Perlis, Kangar.

24 April 2014

Kangar destinasi kedua Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri


BANDAR Kangar akan menjadi destinasi kedua Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri bagi peringkat negeri Perlis yang akan bermula esok hingga Ahad.


Seramai 60 bakat baru sekitar negeri itu termasuk Kangar, Arau dan Padang Besar dijangka hadir menyertai program tersebut yang dikendalikan Datuk Misbun Sidek.

16 April 2014

Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri kembali temui bakat baru


SELEPAS hampir setahun terhenti, Program Kem Bakat Badminton Nusa Mahsuri anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Nusa Mahsuri akan kembali menemui bakat-bakat baru di seluruh negara.

Program selama tiga hari ini akan bermula Jumaat ini dan Kuching menjadi lokasi pertama program dikuti Kangar bagi peringkat Negeri Perlis dan Kota Kinabalu (Sabah).

Seperti kelazimannya, program ini akan dikendalikan sendiri oleh lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek sambil dibantu barisan kejurulatihan Nusa Mahsuri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...