Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

04 Jun 2013

Kursus Kejurulatihan Asas Badminton KBS-Nusa Mahsuri ditunda


PROGRAM Kursus Kejurulatihan Asas Badminton KBS-Nusa Mahsuri yang sepatutnya bermula Jumaat ini  terpaksa ditunda ke satu tarikh baru atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pada tahun ini, kira-kira empat venue program telah dipilih iaitu Puchong, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching..

Klinik Kejurulatihan Asas kembali temui bakal jurulatih badminton seluruh negara


KLINIK Kejurulatihan Asas Badminton kini kembali menemui bakal-bakal jurulatih dan mereka yang berminat menceburi bidang kejurulatihan badminton. Ini adalah sebahagian inisiatif diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan mendapat kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC).

Pada tahun lalu, hampir 100 orang telah mengambil bahagian yang diadakan di  dua lokasi iatu Kota Kinabalu dan Putrajaya.  

Selain dari itu, beberapa peserta yang mengikuti program ini  turut terpilih melatih dan mengiringi pasukan negeri masing-masing pada Kejohanan Badminton Future X-Plode Peringkat Kebangsaan selama lima hari  pada 20-24 Disember 2012 di Inspen Putrajaya.

Pada tahun ini, KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara bersetuju mengadakan program ini di empat lokasi terpilih mencakupi Puchong, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching. 

Program ini akan dikendalikan sendiri legenda badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih profesional NMBC termasuk Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Datuo' Sidek, Salim Sameon dan Zulfari Abdullah.

Berikut tarikh dan lokasi program Klinik Kejurulatihan Asas Badminton:-

KLINIK KEJURULATIHAN ASAS BADMINTON SIRI I
Tarikh: 7 - 9 Jun 2013 (Jumaat-Ahad)
Lokasi: Kompleks Rakan Muda Puchong, Selangor

KLINIK KEJURULATIHAN ASAS BADMINTON SIRI II
TarikhL 13 - 15 Jun 2013 (Khamis-Sabtu)
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan Panji, Kota Bharu, Kelantan

KLINIK KEJURULATIHAN ASAS BADMINTON SIRI III
Tarikh: 21 - 23 Jun 2013 (Jumaat-Ahad)
Lokasi: Kompleks Belia dan Sukan Putatan, Sabah

KLINIK KEJURULATIHAN ASAS BADMINTON SIRI IV
Tarikh: Akan dimaklumkan kemudian
Lokasi: Kuching Sarawak

Untuk keterangan lanjut berhubung program Klinik Kejurulatihan Asas Badminton ini, sila berhubung Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...