Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

27 Mac 2012

Kem Bakat 'berkampung' di Kota Bharu Khamis ini

Kombes Kelantan
BAGI meneruskan kesenimbungan Program Kem Bakat Badminton 2012, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerusi agensinya, Bahagian Pembangunan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan berkampung di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Negeri Kelantan, Panji, Kota Bharu mulai Khamis ini.

Program selama tiga hari akan dikendalikan lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih Nusa Mahsuri termasuk Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek dan bekas pemain nombor satu dunia yang juga anak watan Kelantan,  Haji Roslin Hashim.

20 Mac 2012

Kem Bakat N.Sembilan tarik penyertaan 66 bakat baru


Foto: LIA MURNI MISBUN

PROGRAM Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dn Sukan Malaysia dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang berakhir di Kompleks Sukan Negeri, Seremban 2 kelmarin berjaya menarik penyertaan seramai 66 orang bakat baru.

Para peserta yang keseluruhannya pertama kali menyertai program seumpama ini kelihatan teruja menerima tunjuk ajar dan bimbingan daripada barisan jurulatih berpengalaman Nusa Mahsuri yang diketuai Datuk Misbun Dato' Sidek.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan  oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Khairul Shahril Shahbudin. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli dan wakil Majlis Sukan Negeri.


09 Mac 2012

Sentuhah Misbun warnai Klinik Kejurulatihan Asas bermula petang ini

LEGENDA badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek akan mengetuai barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri bagi mengendalikan Klinik Kejurulatihan Asas Badminton di Institut Penilaian Negara, Presint 14, Putrajaya selama tiga hari bermula petang ini.

Program yang berteraskan memberi tunjuk ajar kepada jurulatih-jurulatih tempatan dan mereka yang berminat menceburi bidang kejurulatihan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Institut Penilaian Negara, Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara.

Ini merupakan program kedua dianjurkan oleh KBS. Pada minggu lalu, program ini telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Sabah yang menerima penyertaan seramai 45 peserta.

Antara aturcara yang akan diterapkan dalam program ini ialah kaedah dan modul mengajar, senam cergas, kerja kemahiran, shuttle drill dan sebagainya.

06 Mac 2012

45 tamat latihan kejurulatihan dengan cemerlang

 
 
 
   
SERAMAI 45 peserta yang terdiri daripada jurulatih pelbagai peringkat di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan telah berjaya menamatkan latihan Klinik Kejurulatihan Asas Badminton Siri II dengan cemerlang di Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Papar kelmarin.

Bersemangat dengan satu gerakan berpasukan, para peserta kelihatan begitu tekun menerima tunjuk ajar sepanjang tempoh tiga hari daripada legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Program yang kembali diperkenalkan bersempena Kem Bakat Badminton KNS-Nusa Mahsuri itu adalah sebahagian susulan cadangan Kementerian Belia dan Sukan yang mahu memastikan barisan jurulatih di peringkat akar umbi diberi bimbingan dan ilmu permainan badminton secara meluas sekaligus dapat membantu bakat-bakat baru mempertingkatkan prestasi masing-masing.

Pada majlis penutup,  Penolong Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Encik Azmi Ibrahim berkenan berucap dan menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta program.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan dan Kemajuan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli serta Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Encik Stephen Andreas - Foto oleh: LIA MURNI MISBUN.


Nota: Foto-foto lebih menarik mengenai Klinik Kejurulatihan ini, boleh dilihat disini

 

01 Mac 2012

Usaha memantapkan Kem Bakat: KBS-Nusa Mahsuri gegar Klinik Kejurulatihan Asas bermula esok

BAGI meneruskan kesinambungan dan kemantapan Program Kem Bakat Badminton, pelbagai pendekatan diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Bahagian Pembangunan Sukan supaya ia mampu memberi impak besar kepada program yang semakin disegani dikalangan bakat-bakat baru itu.

Antara pendekatan terbaru yang akan dilakukan KBS dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri pada tahun ini ialah mengadakan Program Klinik Kejurulatihan Asas Badminton di dua lokasi berbeza seperti butiran berikut:
KLINIK KEJURULATIHAN ASAS BADMINTON (SIRI II)
Tarikh: 2 - 4 Mac 2012
Venue: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Kota Kinabalu, Sabah

KLINIK KEJURULATIHAN ASAS BADMINTON (SIRI I)
 Tarikh: 9 - 11 Mac 2012
Venue: Institut Penilaian Negara, Presint 14, Putrajaya

Ianya juga dapat membantu menyemarakkan lagi usaha melatih bakat-bakat baru di peringkat akar umbi yang selama ini mungkin sedikit ketinggalan menerima latihan permainan badminton yang betul.

Objektif utama program ialah memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada bakal-bakal jurulatih dan mereka yang berminat untuk menceburi bidang kejurulatihan dengan pendekatan sistematik dan kaedah permainan yang betul.

Ianya juga dapat membantu menyemarakkan lagi usaha melatih bakat-bakat baru di peringkat akar umbi yang selama ini mungkin sedikit ketinggalan menerima latihan permainan badminton berikutan kekurangan tenaga kejurulatihan.

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran klinik ini, sila hubungi:
Puan Fazulia binti Zulkifli
Penolong Pengarah
Cawangan Kemajuan Sukan,
Kementerian Belia dan Sukan
No.Tel: 03-88713243, 012-6928077
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...