Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

13 Disember 2012

Puchong destinasi persinggahan terakhir Kem Bakat Badminton 2012

KRM Puchong..destinasi Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri Negeri Selangor.
PROGRAM pencarian bakat menerusi Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri kini sampai ke penghujungnya.

Pada 14-16 Disember ini, Kompleks Rakan Muda Puchong akan menjadi destinasi persinggahan terakhir bagi peringkat negeri Selangor.

Lebih 60 bakat baru berusia 9-12 sekitar negeri Selangor dijangka mengambil bahagian pada program selama tiga hari itu.

Pada tahun ini, program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri ini melibatkan  15 lokasi terpilih di seluruh negara.


12 Disember 2012

Komitmen 67 peserta cukup terserlah di Pahang


Komitmen 67 peserta Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Pahang cukup terserlah apabila berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang. 

Perkara ini diakui sendiri oleh Ketua Jurulatih Program, Datuk Misbun Sidek yang nyata teruja melihat kesungguhan yang dipamerkan para peserta dari awal hingga akhir program.

"Walaupun sebahagian besar peserta pertama kali menyertai program seumpama ini, saya tidak menduga mereka cukup komited dan berdisiplin dalam setiap latihan yang diajar. Inilah ciri-ciri yang perlu ada pada setiap peserta jika ingin berjaya pada masa depan,"ujar Misbun dengan nada ringkas sebaik sahaja selesai majlis penutup program di Dewan Persatuan Badminton Negeri Pahang kelmarin.

Majlis perasmian penutup program telah dilakukan Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Puan Mohsinar Haji Abdul Malek.

Untuk melihat lebih banyak paparan foto-foto menarik Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Pahang, sila klik Facebook: Kem Bakat Badminton.


03 Disember 2012

Kem Bakat Badminton ke Kuantan 7 - 9 Disember ini

Dewan Persatuan Badminton Pahang...lokasi Kem Bakat Negeri Pahang

Mulai 7  - 9 November ini, Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Pahang akan bergegar di Dewan Persatuan Badminton Negeri Pahang yang terletak di Indera Mahkota, Kuantan.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan menerusi agensinya, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara akan berlangsung selama tiga hari yang dikendalikan bekas pemain perseorangan lelaki utama negara, Datuk Misbun Sidek.

16 November 2012

Bakat Terengganu terima sentuhan Misbun 21-23 November ini



BAKAT-bakat muda di Negeri Terengganu berpeluang menerima sentuhan lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek (gambar) dalam Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat negeri itu pada 21- 23 November 2012.

Lebih 60 peserta yang terdiri daripada mereka yang berusia 9-12 tahun akan berkampung selama tiga hari di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Selain Misbun, beberapa bekas pemain negara dan jurulatih Nusa Mahsuri akan hadir termasuk Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Abd Rahman Dato' Sidek, Zulfari Abdullah dan Ridzwan Rahmat.

13 November 2012

60 bakat Labuan berjaya tamat latihan di UMSKAL


SERAMAI 60 peserta berjaya menamatkan latihan Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang berakhir di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) kelmarin.

Majlis penutup program selama tiga hari itu telah dilakukan oleh Timbalan Pendaftar UMSKAL, Encik Zamri Mohd Tuah. Turut hadir ialah pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan Labuan serta Ahli Jawatankuasa  Persatuan Badminton Labuan.

Untuk melihat lebih paparan foto Kem Bakat Badminton ini, sila klik Facebook: Kem Bakat Badminton.

08 November 2012

Kem Bakat 'terbang' ke Labuan petang esok

Venue latihan...Kem Bakat Labuan.
SELEPAS mengharungi perjalanan ke dua negeri di sebelah utara Semenanjung, kini tiba masanya team Urusetia Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri 'terbang' pula ke Wilayah Persekutuan Labuan selama tiga hari mulai petang esok.

Kunjungan kali yang kedua ini bagaimanapun akan menampilkan venue latihan berbeza bilamana pihak Universiti Malaysia Kampus Antarabangsa Labuan bersetuju memberi kebenaran kepada urusetia Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri  menggunakan Dewan Utama yang menempatkan gelanggang badminton dan penginapan kepada para peserta kem.

Lebih 60 bakat muda sekitar pulau bebas cukai itu dijangka akan mengikuti program latihan Kem Bakat yang akan dikendalikan oleh bekas pemain no.1 negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek.

30 Oktober 2012

Baling destinasi terbaru Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri Negeri Kedah bermula Khamis ini

Datuk Misbun turun padang kendali Kem Bakat Kedah di Baling.

BALING bakal menjadi destinasi terbaru Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri bagi Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung selama tiga hari bermulai Khamis ini.

Bertempat di Kompleks Rakan Muda Baling, kanak-kanak berusia 9-12 tahun yang terpilih akan menjalani latihan asas permainan badminton yang betul dibawah kendalian legenda badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato’ Haji Sidek.

Mereka turut berpeluang menerima pendedahan buat pertama kalinya mengenai asas pemakanan yang akan disampaikan oleh Ketua Unit Pusat Pemakanan Sukan, Institut Sukan Negara, Cik Azimah Ahmad.

18 Oktober 2012

70 bakat muda dijangka sertai Kem Bakat Badminton di Taiping mulai esok


SERAMAI 70 bakat muda berusia 9-12 tahun dari seluruh daerah di Perak dijangka akan menyertai Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri yang akan berlangsung di Kompleks Rakan Muda Larut Matang & Selama mulai esok.

Program selama tiga hari itu akan dikendalikan barisan jurulatih profesional Kelab Badminton Nusa Mahsuri diketuai lagenda badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato' Haji Sidek.

11 Oktober 2012

Gegaran Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri di Bintulu mulai petang esok

Dewan Adtec Bintulu
SELEPAS melaksanakan program latihan dengan jayanya pada pusingan kedua di Johor dan Kuala Lumpur, urusetia Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri akan terbang ke Bintulu bagi program sama untuk peringkat negeri Sarawak mulai petang esok.

Seramai 70 orang terdiri daripada kanak-kanak sekolah berusia 9-12 tahun dijangka mengambil bahagian selama tiga hari di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yan terletak berhampiran kawasan perindustrian Kemena Bintulu.

Menerusi slot latihan tersebut, bakat-bakat muda yang disyaratkan perlu memiliki asas permainan sukan badminton itu sudah pasti teruja untuk menerima pendedahan sistem latihan bersistematik daripada barisan jurulatih berpengalaman yang diketuai lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek.

Antara sesi latihan yang akan diterima mereka ialah senam cergas, teknik asas, kerja kemahiran, shuttle drill dan motivasi. Program ini turut menerima sentuhan khidmat barisan pakar dari Institut Sukan Negara (ISN) yang akan hadir menyampaikan sesi berkaitan asas pemakanan dan kecederaaan dalam sukan.

Untuk keterangan lanjut berhubung kem bakat badminton di Sarawak, sila berhubung dengan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di talian 082-240631, 082-248321 atau Hotline Kem Bakat 012-6928077.

05 Oktober 2012

Kem Bakat Badminton KL berkampung di UniKL BMI Gombak mulai petang ini



UniKL BMI Gombak bakal menjadi lokasi Program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang akan bermula petang ini selama tiga hari.

Kampus universiti terkenal Kuala Lumpur ini terletak bersempadanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Lebih 70 peserta yang terdiri daripada bakat-bakat baru berusia 9-12 tahun sekitar ibu kota dijangka mengambil bahagian didalam program ini yang akan dibimbing lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek dan barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

24 September 2012

Kem Bakat Badminton pusingan ke-2 bermula di Johor

SETELAH tiga bulan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri dihentikan untuk seketika, program yang semakin meniti di bibir bakat-bakat baru dan peminat badminton tempatan itu akan kembali menyusuri pada pusingan kedua di setiap pelusuk negara bermula di Johor Bahru mulai 28 - 30 September ini. 

Kira-kira 9 lagi lokasi terpilih termasuk Johor akan dijelajahi team Kem Bakat Badminton dan dijangka berakhir di Selangor pada pertengahan Disember. 

Jadual dan No. telefon Kem Bakat Badminton adalah seperti berikut: 

NEGERI JOHOR 
Tarikh: 28 – 30 September 2012 (Jumaat-Ahad) 
No.Tel: 07-2232614 
WP KUALA LUMPUR 
Tarikh: 5 - 7 Oktober 2012 (Jumaat-Ahad) 
No.Tel: 03-20940990 
NEGERI SARAWAK 
Tarikh: 12 – 14 Oktober 2012 (Jumaat-Ahad) 
No.Tel: 082-240631/082-248321 
NEGERI PERAK 
Tarikh: 19 – 21 Oktober 2012 (Jumaat-Ahad) 
No.Tel: 05-5489500/05-5489501/05-5489503 
NEGERI KEDAH 
Tarikh: 1 - 3 November 2012 (Khamis-Sabtu) 
No.Tel: 04-7324500 
WP LABUAN 
Tarikh: 9 - 11 November 2012 (Jumaat-Ahad) 
No.Tel: 087-415344 
NEGERI TERENGGANU 
Tarikh: 22 - 24 November 2012 (Khamis-Sabtu)
No.Tel: 09-6222344 
NEGERI PAHANG 
Tarikh: 7 - 9 Disember 2012 (Jumaat-Ahad) 
No. Tel: 09-5164354 
NEGERI SELANGOR 
Tarikh: 14 - 16 Disember 2012 (Jumaat-Ahad) 
No.Tel: 03-55192326

04 Jun 2012

Kangar, Kota Kinabalu lokasi pilihan Kem Bakat Badminton sepanjang Jun

Bandar Kangar dan Bandaraya Kota Kinabalu bakal menjadi lokasi pilihan penganjuran Kem Bakat Badminton peringkat negeri di sepanjang bulan Jun ini.

Kangar yang terletak di utara Semenanjung Malaysia akan menjadi lokasi tuan rumah Kem Bakat bagi peringkat Negeri Perlis bermula 8 - 10 Jun manakala Kota Kinabalu pula sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi lokasi Kem Bakat Badminton peringkat Negeri Sabah pada 22-24 Jun 2012.

Sekurang-kurangnya 60 bakat baru dijangka mengambil bahagian pada setiap lokasi Kem Bakat Badminton itu.

Untuk mengetahui info dan pertanyaan mengenai penyertaan ke Kem Bakat Badminton di kedua-dua negeri ini, sila hubungi talian berikut:

Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Perlis  
04-9793505  

Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Sabah
088-765777, 088-761777

24 April 2012

Kem Bakat 'terjah' Pulau Pinang minggu ini

SELEPAS berjaya menarik penyertaan seramai 66 bakat baru di Melaka dua minggu lepas, Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (Nusa Mahsuri)  akan meneruskan kesinambungan program ke kawasan utara pula. Pulau Pinang akan 'diterjah' bermula Jumaat ini.

Seperti kelazimannya, legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang disertai barisan jurulatih dan pemain Nusa Mahsuri akan hadir untuk memberi tunjuk ajar kepada bakat-bakat Pulau Pinang yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Pulau Pinang, Batu Uban.

Difahamkan, lebih 60 kanak-kanak berusia 9-12 tahun sekitar negeri yang cukup sinonim dengan panggilan ' Pulau Mutiara' dijangka mengambil bahagian. Selain Nusa Mahsuri, program selama tiga hari itu turut disertai pegawai Insitut Sukan Negara (ISN) yang akan tampil dengan ceramah berkaitan pemakanan dan masalah kecederaan sukan.

02 April 2012

Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Kelantan: 69 bakat muda ambil bahagian


Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

SERAMAI 69 bakat-bakat muda seluruh negeri Cik Siti Wak Kembang telah mengambil bahagian termasuk dari dari Jajahan Bachok, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Tumpat, Pasir Puteh dan Gua Musang pada program Kem Bakat Badminton Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji pada 29-31 Mac 2012 lalu.

Program bermula dari jam 6.30 pagi menyediakan pelbagai aktiviti merangkumi latihan senam cergas, latihan kemahiran, shuttle drill, latihan bayangan dan bermacam-macam lagi yang dikendalikan oleh legenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek yang turut dibantu barisan jurulatih berpengalaman Nusa Mahsuri.

Jurulatih-jurulatih kelab profesional pertama negara yang turut terlibat sama ialah bekas pakar bergu negara, Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek dan bekas pemain nombor satu dunia, Haji Roslin Haji Hashim.

Majlis perasmian penutup kem anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) Negeri Kelantan dengan kerjasama Nusa Mahsuri itu telah disempurnakan oleh Pengarah JBSN Kelantan, Encik Md. Sulji Zakaria. Turut hadir sama ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli.

Nota: Untuk melihat paparan foto-foto menarik mengenai kem ini, sila klik ruangan foto di Facebook: Kem Bakat Badminton

27 Mac 2012

Kem Bakat 'berkampung' di Kota Bharu Khamis ini

Kombes Kelantan
BAGI meneruskan kesenimbungan Program Kem Bakat Badminton 2012, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerusi agensinya, Bahagian Pembangunan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan berkampung di Kompleks Belia dan Sukan (Kombes) Negeri Kelantan, Panji, Kota Bharu mulai Khamis ini.

Program selama tiga hari akan dikendalikan lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek sambil dibantu barisan jurulatih Nusa Mahsuri termasuk Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek dan bekas pemain nombor satu dunia yang juga anak watan Kelantan,  Haji Roslin Hashim.

20 Mac 2012

Kem Bakat N.Sembilan tarik penyertaan 66 bakat baru


Foto: LIA MURNI MISBUN

PROGRAM Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dn Sukan Malaysia dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang berakhir di Kompleks Sukan Negeri, Seremban 2 kelmarin berjaya menarik penyertaan seramai 66 orang bakat baru.

Para peserta yang keseluruhannya pertama kali menyertai program seumpama ini kelihatan teruja menerima tunjuk ajar dan bimbingan daripada barisan jurulatih berpengalaman Nusa Mahsuri yang diketuai Datuk Misbun Dato' Sidek.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan  oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Khairul Shahril Shahbudin. Turut hadir ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli dan wakil Majlis Sukan Negeri.


09 Mac 2012

Sentuhah Misbun warnai Klinik Kejurulatihan Asas bermula petang ini

LEGENDA badminton negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek akan mengetuai barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri bagi mengendalikan Klinik Kejurulatihan Asas Badminton di Institut Penilaian Negara, Presint 14, Putrajaya selama tiga hari bermula petang ini.

Program yang berteraskan memberi tunjuk ajar kepada jurulatih-jurulatih tempatan dan mereka yang berminat menceburi bidang kejurulatihan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Institut Penilaian Negara, Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara.

Ini merupakan program kedua dianjurkan oleh KBS. Pada minggu lalu, program ini telah diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Sabah yang menerima penyertaan seramai 45 peserta.

Antara aturcara yang akan diterapkan dalam program ini ialah kaedah dan modul mengajar, senam cergas, kerja kemahiran, shuttle drill dan sebagainya.

06 Mac 2012

45 tamat latihan kejurulatihan dengan cemerlang

 
 
 
   
SERAMAI 45 peserta yang terdiri daripada jurulatih pelbagai peringkat di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan telah berjaya menamatkan latihan Klinik Kejurulatihan Asas Badminton Siri II dengan cemerlang di Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Papar kelmarin.

Bersemangat dengan satu gerakan berpasukan, para peserta kelihatan begitu tekun menerima tunjuk ajar sepanjang tempoh tiga hari daripada legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek dan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Program yang kembali diperkenalkan bersempena Kem Bakat Badminton KNS-Nusa Mahsuri itu adalah sebahagian susulan cadangan Kementerian Belia dan Sukan yang mahu memastikan barisan jurulatih di peringkat akar umbi diberi bimbingan dan ilmu permainan badminton secara meluas sekaligus dapat membantu bakat-bakat baru mempertingkatkan prestasi masing-masing.

Pada majlis penutup,  Penolong Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Encik Azmi Ibrahim berkenan berucap dan menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta program.

Turut hadir ialah Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan dan Kemajuan Sukan, Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli serta Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Encik Stephen Andreas - Foto oleh: LIA MURNI MISBUN.


Nota: Foto-foto lebih menarik mengenai Klinik Kejurulatihan ini, boleh dilihat disini

 

01 Mac 2012

Usaha memantapkan Kem Bakat: KBS-Nusa Mahsuri gegar Klinik Kejurulatihan Asas bermula esok

BAGI meneruskan kesinambungan dan kemantapan Program Kem Bakat Badminton, pelbagai pendekatan diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Bahagian Pembangunan Sukan supaya ia mampu memberi impak besar kepada program yang semakin disegani dikalangan bakat-bakat baru itu.

Antara pendekatan terbaru yang akan dilakukan KBS dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri pada tahun ini ialah mengadakan Program Klinik Kejurulatihan Asas Badminton di dua lokasi berbeza seperti butiran berikut:
KLINIK KEJURULATIHAN ASAS BADMINTON (SIRI II)
Tarikh: 2 - 4 Mac 2012
Venue: Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Kota Kinabalu, Sabah

KLINIK KEJURULATIHAN ASAS BADMINTON (SIRI I)
 Tarikh: 9 - 11 Mac 2012
Venue: Institut Penilaian Negara, Presint 14, Putrajaya

Ianya juga dapat membantu menyemarakkan lagi usaha melatih bakat-bakat baru di peringkat akar umbi yang selama ini mungkin sedikit ketinggalan menerima latihan permainan badminton yang betul.

Objektif utama program ialah memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada bakal-bakal jurulatih dan mereka yang berminat untuk menceburi bidang kejurulatihan dengan pendekatan sistematik dan kaedah permainan yang betul.

Ianya juga dapat membantu menyemarakkan lagi usaha melatih bakat-bakat baru di peringkat akar umbi yang selama ini mungkin sedikit ketinggalan menerima latihan permainan badminton berikutan kekurangan tenaga kejurulatihan.

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran klinik ini, sila hubungi:
Puan Fazulia binti Zulkifli
Penolong Pengarah
Cawangan Kemajuan Sukan,
Kementerian Belia dan Sukan
No.Tel: 03-88713243, 012-6928077

02 Februari 2012

Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri bakal jelajah lagi tahun ini


SETELAH berjaya mendekatkan kaedah latihan sistematik di peringkat akar umbi, Program Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri (NMBC)  akan kembali memulakan penjelajahan sesi mencungkil bakat-bakat baru di beberapa lokasi seluruh negara tidak lama lagi.

Bagi meneruskan usaha dan kandungan program yang berkualiti, beberapa perubahan akan diperkenalkan pada tahun 2012 bagi memastikan program terus segar dan mampu memberi impak besar selari dengan kekuatan badminton sebagai sukan disegani yang meniti di bibir peminat tempatan.

Antara penambahbaikan program pada kali ini ialah pihak KBS secara dasarnya mahu program Klinik Kejurulatihan Asas Badminton diadakan bertujuan memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada bakal-bakal jurulatih dan mereka yang berminat untuk menceburi bidang kejurulatihan.

Ianya juga dapat membantu menyemarakkan lagi usaha melatih bakat-bakat baru di peringkat akar umbi yang selama ini mungkin sedikit ketinggalan menerima latihan permainan badminton yang betul.

Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung Program Kem Bakat Badminton dan Klinik Kejurulatihan Asas Badminton 2012, sila hubungi Penyelaras Program, Puan Fazulia Zulkifli di talian  03-88713243.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...