Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

19 Julai 2011

Kem Bakat bentuk disiplin tinggi peserta - Misbun

Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

KEM Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berakhir semalam di Kolej Kediaman Ke-11, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Serdang telah berjalan dengan lancar.

Program bermula Khamis lalu telah berjaya menarik penyertaan bakat muda berusia 9-12 tahun seramai 61 orang.

Ketua Jurulatih Program, Datuk Misbun Dato Sidek ketika memberi amanat terakhir sebelum bermulanya majlis penutup melahirkan rasa gembira dengan komitmen dan semangat kental dipamerkan para peserta walaupun sebahagian besarnya pertama kali menyertai program tersebut.

" Inilah intipati dan objektif utama kem yang bukan sahaja bermatlamat membimbing para peserta dengan kaedah permainan yang betul tetapi juga membentuk disiplin tinggi dikalangan bakat baru supaya mereka lebih bersedia apabila diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Saya yakin berbekalkan tunjuk ajar saya dan jurulatih Nusa Mahsuri, bakat muda ini diharapkan mampu mempraktikkannya sepertimana yang diarahkan. Setidak-tidaknya, ada peserta yang tidak pernah terfikir untuk pergi lebih jauh mampu menggunakan segala ilmu yang diterima untuk mewakili sekolah diikuti daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan pada masa akan datang.

Majlis penutup kem selama tiga hari itu telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Tuan Haji Salleh Ghazali. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Kuala Lumpur, Noor Azma Deris dan Penolong Pengarah Pembangunan dan Kemajuan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli.

14 Julai 2011

Misbun kendali Kem Bakat KL di Serdang mulai esok

Lagenda Badminton Negara, Datuk Haji Misbun Dato' Haji Sidek dijangka akan mengetuai barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri bagi mengendalikan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai esok hingga Ahad.

Program selama tiga tersebut akan diadakan di Kolej Ke-11, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Difahamkan seramai 60 orang bakat baru berusia 9-12 tahun di sekitar Kuala Lumpur akan mendaftarkan diri di meja urusetia esok.

11 Julai 2011

Kem Bakat mampu kembang prestasi bakat muda - Engku Azman

Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

"Ramai mengetahui sukan badminton ini bukan sahaja berkembang secara menyeluruh  di negeri Melaka tetapi di seluruh Malaysia. namun  bagi memperoleh teknik dan taktik permainan ini ke tahap lebih tinggi, ia memerlukan pendedahan tunjuk ajar yang betul.

"Saya yakin dikalangan para peserta telah mempelajari sukan ini bertahun-tahun tetapi peluang apabila bertemu dengan Datuk Misbun Sidek dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri, sudah tentu akan mampu meningkatkan teknik, taktik dan strategi yang mungkin tidak pernah dilalui selama ini," ujar Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, YM Engku Azman Sayed Mohd.

Ketika berucap mewakili Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Negeri Melaka, YB Datuk Ab Rahman Ab Karim dalam majlis perasmian penutup Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Negeri Melaka kelmarin, Engku Azman  percaya para peserta yang mengambil bahagian dapat meningkatkan kualiti permainan bagi membolehkan masing-masing dapat mewakili peringkat sekolah, daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan.

Selain itu, Engku Azman menambah, pihaknya juga merancang untuk mengadakan kem seumpama ini untuk melahirkan bakal-bakal jurulatih untuk memberi tunjuk ajar kepada para pemain badminton di peringkat negeri. Pada mulanya, kita merancang untuk mengadakan program tersebut tahun ini, tetapi ditangguhkan akibat kekangan kewangan. 

Katanya, menerusi penglibatan lebih ramai jurulatih berkaliber, kita yakin usaha kerajaan untuk melihat bakat-bakat baru diketengahkan ke peringkat lebih tinggi dan mengisi kekosongan pemain negara  suatu hari nanti mampu digapai. Secara tidak langsung ia juga dapat mengembangkan tahap prestasi jurulatih-jurulatih berkenaan dari masa ke semasa.

Seramai 68 bakat-bakat baru di seluruh negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam program selama tiga hari yang diadakan di Dewan SMK Seri Tanjong dan Institut Koreksional Penjara Melaka, Tanjung Kling.

Selain Misbun, turut hadir memberi bimbingan kepada para peserta kem termasuklah bekas pemain nombor satu dunia, Haji Muhammad Roslin Hashim, Zulfari Abdullah, Misbun Shawal Datuk Misbun, Lok Chong Chieh, Ridzwan Rahmat dan Nornikman Hussin.
 Untuk melihat paparan lebih banyak foto-foto menarik kem negeri ini, sila klik disini

08 Julai 2011

Kem Bakat bergegar di Melaka mulai hari ini

KEM Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri akan ke Melaka mulai hari ini hingga Ahad.

Program selama tiga hari itu akan diadakan di Dewan Badminton SMK Sri Tanjung, Pantai Kundur, tanjung Kling dengan disertai lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek sambil dibantu barisan jurulatih profesional Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

04 Julai 2011

Bakat muda perlu ambil kesempatan - Pengarah JBS Perlis

Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

KEMENTERIAN Belia dan Sukan Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri serta Institut Sukan Negara telah mengadakan Program Kem Bakat Badminton selama tiga hari yang berakhir kelmarin.

Program yang dimulai seawal pagi  dengan aktiviti senam cergas itu telah disertai seramai 61 bakat-bakat baru yang terpilih dari seluruh negeri Perlis.

Objektif kem antara lain bertujuan mendidik bakat baru berusia 9-12 tahun dengan sistem permainan yang betul selain mengenal pasti potensi mereka untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perlis, Tuan Haji Abd Haris Ishak yang menyempurnakan perasmian penutup kem tersebut menggesa para peserta yang mengambil bahagian akan menggunakan kesempatan untuk mempertingkatkan prestasi masing-masing selepas menerima sentuhan dan bimbingan daripada lagenda badminton negara yang juga Ketua Jurulatih Program, Datuk Misbun Dato' Sidek.

"Saya amat berharap apa yang dipelajari sepanjang tempoh kem ini berlangsung akan menambah lagi semangat dan ketekunan para peserta untuk pergi lebih jauh lagi dan tidak hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Bagi pihak jabatan, kami bersedia untuk memberi kerjasama terhadap sebarang aktiviti pembangunan sukan badminton pada masa depan supaya ia terus mekar di arena badminton negara.," ujar Haris dalam ucapan perasmian itu.

Turut hadir di majlis penutup tersebut ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli, Penolong Pengarah Bahagian Sukan JBS Perlis, Puan Siti Hasmah Hassan dan Penasihat Nusa Mahsuri, Tuan Haji Mohd Jalani Dato' Sidek.

Untuk melihat lebih banyak foto-foto kem di negeri ini, sila klik disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...