Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2016

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Sabah dinobat juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS Kebangsaan 2016

Sabah dinobat juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS Kebangsaan 2016
Kejayaan ini dicapai selepas pasukan negeri dibawah bayu itu menewaskan Terengganu pada pentas final.

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Kedah 2017

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Kedah 2017
Dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Haji Salleh Ramli

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2016

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 8-10 September 2017
Venue: IKBN Kuala Langat, Banting
Tel: 03- 55192326

NEGERI KEDAH
Tarikh: 14-16 September 2017
Tel: 04-7324500

NEGERI PAHANG
Tarikh: 22-24 September 2017
Tel: 09-5164354

NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 29 Sept- 1 Okt 2017
Tel: 06-7613163/7641480

NEGERI SARAWAK
Tarikh: 6-8 Oktober 2017
Tel: 082-240631/082-248321

NEGERI PULAU PINANG
Tarikh: 13-15 Oktober 2017
Tel: 04-6554444

NEGERI KELANTAN
Tarikh: 19-21 Oktober 2017
09-7661200

NEGERI PERAK
Tarikh: 27-29 Oktober 2017
Tel: 05-5489500/501

NEGERI MELAKA
Tarikh: 3-5 November 2017
Tel: 06-2345900/901/903

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 9-11 November 2017
Tel: 09-6222344/09-6222333

NEGERI JOHOR
Tarikh: 17-19 November 2017
Tel: 07-2232614

NEGERI SABAH
Tarikh: 24-26 November 2017
Tel: 088-765777/088-761777

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 28-30 November 2017
Tel: 03-20815800

WP LABUAN
Tarikh: 1-3 Disember 2017
Tel: 087-415344

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8-10 Disember 2017
Tel: 04-9793505

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem bakat badminton ini, sila hubungi nombor telefon Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan tarikh/venue program akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

30 Jun 2011

Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri 'mengaum' di Kangar esok

Barisan jurulatih Nusa Mahsuri....akan memberi tunjukajar kepada bakat muda Perlis.

Menyedari betapa pentingnya pembangunan di peringkat akar umbi, Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan meneruskan kesinambungan programnya. Mulai esok, kem selama tiga hari itu akan 'mengaum' di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Kangar.

Lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek sekali lagi dijangka mengetuai barisan jurulatih Nusa Mahsuri  bagi menyempurnakan misi membimbing bakat-bakat muda di negeri utara Semenanjung Malaysia itu.

Difahamkan seramai 60 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah berusia 9 - 12 tahun dari kawasan Kangar, Arau, Kuala Perlis dan Padang Besar akan mengambil bahagian dalam kem tersebut.

27 Jun 2011

63 sahut cabaran Kem Bakat Pahang


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

SERAMAI 63 orang bakat muda berusia 9-12 tahun telah mengambil bahagian dalam Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Negeri Pahang selama tiga hari yang berakhir  di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin kelmarin.

Selain Datuk Misbun Dato' Sidek yang bertindak Ketua Jurulatih Program, turut hadir memberi bimbingan kepada para peserta kem ialah pemenang pingat Sukan Olimpik 1992 yang juga Penasihat Nusa Mahsuri, Haji Jalani Dato' Sidek sambil dibantu Zulfari Abdullah, Nornikman Hussin dan barisan pemain termasuk Misbun Shawal Datuk Misbun, Ridzwan Rahmat dan Lok Chong Chieh.

Lebih banyak foto menarik kem di negeri ini, boleh dilihat disini




22 Jun 2011

Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri jelajah ke Rompin 24 - 26 Jun

 TIDAK sampai beberapa hari berada di Ipoh, barisan jurulatih dan fasilitator Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri akan menjelajah pula ke bandar Rompin untuk destinasi seterusnya.

Rompin yang sememangnya dikenali sebagai pusat pelancongan terkenal dengan lokasinya terletak berhampiran Lautan China Selatan akan menjadi destinasi bagi kem ini untuk peringkat Negeri Pahang mulai 24 - 26 Jun ini.

Bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air, Kampung Pantai Bernas, bakat-bakat muda berusia 9 - 12 tahun akan dihimpun bagi mengikuti latihan selama tiga dibawah kendalian Datuk Misbun Sidek sambil dibantu barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan fasilitator Institut Sukan Negara.

Kepada bakat-bakat muda Pahang yang berminat menyertai kem ini boleh berhubung terus dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang  di talian 09-5164354 atau Pejabat Belia dan Sukan Daerah masing-masing.

20 Jun 2011

Kem Bakat Perak cungkil 61 peserta


Foto: LIA MURNI MISBUN
KEM Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat negeri Perak yang berakhir di Kompleks Belia dan Sukan JBS Negeri kelmarin telah menerima penyertaan daripada 61 orang peserta.

Para peserta yang datangnya dari seluruh negeri itu kelihatan begitu teruja dan tekun berlatih dibawah pengawasan Ketua Jurulatih Program, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek dan barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

Majlis penutup program selama tiga hari itu telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Perak, Encik Munir Aliyasak. Selain Misbun, turut hadir ialah Pegawai JBS Negeri, Encik Nor Azam Mohd Noh, Encik Shamsul Hafis Noraini dan Encik Mohd Syafik Ahmad Zakari.

Untuk memperolehi foto-foto menarik mengenai kem di negeri ini, sila klik disini

16 Jun 2011

Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri ke Ipoh esok

SELEPAS berada di Selangor, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Pulau Pinang, Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri akan bertandang ke Ipoh sebagai lokasi terbaru selama tiga hari mulai esok.

Mengetuai barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri bagi memberi bimbingan kepada para peserta kem ialah lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek, Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek, Zulfari Abdullah, Muhammad Roslin Hashim, Misbun Shawal Datuk Misbun dan ramai lagi.

12 Jun 2011

62 peserta mengambil bahagian di Pulau Pinang


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

KEM Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat negeri Pulau Pinang telah menerima sambutan penyertaan seramai 62 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar sekolah berusia 9-12 tahun di seluruh pelusuk negeri itu.

Program selama tiga hari yang bermula dari semalam di Kompleks Belia dan Sukan Negeri telah mendapat sentuhan bimbingan daripada Lagenda Badminton Negara, Datuk Misbun Dato Haji Sidek sambil dibantu gandingan barisan jurulatih profesional Kelab Badminton Nusa Mahsuri seperti Haji Abd Rahman Dato' Sidek, Zulfari Abdullah, Ridzwan Rahmat dan Nornikman Hussin. 

Pulau Pinang merupakan destinasi ke-6 program Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri selepas Selangor, Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Majlis perasmian penutup kem telah disempurnakan oleh Encik Jalil A. Rashid, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang. Turut hadir ialah Puan Fazulia Zulkifli, Penolong Pengarah Cawangan Kemajuan Sukan KBS.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...