Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS 2016

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Sabah dinobat juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS Kebangsaan 2016

Sabah dinobat juara Kejohanan Kem Bakat Badminton KBS Kebangsaan 2016
Kejayaan ini dicapai selepas pasukan negeri dibawah bayu itu menewaskan Terengganu pada pentas final.

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Kedah 2017

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Kedah 2017
Dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Haji Salleh Ramli

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2016

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 8-10 September 2017
Venue: IKBN Kuala Langat, Banting
Tel: 03- 55192326

NEGERI KEDAH
Tarikh: 14-16 September 2017
Tel: 04-7324500

NEGERI PAHANG
Tarikh: 22-24 September 2017
Tel: 09-5164354

NEGERI SEMBILAN
Tarikh: 29 Sept- 1 Okt 2017
Tel: 06-7613163/7641480

NEGERI SARAWAK
Tarikh: 6-8 Oktober 2017
Tel: 082-240631/082-248321

NEGERI PULAU PINANG
Tarikh: 13-15 Oktober 2017
Tel: 04-6554444

NEGERI KELANTAN
Tarikh: 19-21 Oktober 2017
09-7661200

NEGERI PERAK
Tarikh: 27-29 Oktober 2017
Tel: 05-5489500/501

NEGERI MELAKA
Tarikh: 3-5 November 2017
Tel: 06-2345900/901/903

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 9-11 November 2017
Tel: 09-6222344/09-6222333

NEGERI JOHOR
Tarikh: 17-19 November 2017
Tel: 07-2232614

NEGERI SABAH
Tarikh: 24-26 November 2017
Tel: 088-765777/088-761777

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 28-30 November 2017
Tel: 03-20815800

WP LABUAN
Tarikh: 1-3 Disember 2017
Tel: 087-415344

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8-10 Disember 2017
Tel: 04-9793505

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem bakat badminton ini, sila hubungi nombor telefon Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan tarikh/venue program akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

24 Mei 2011

Pulau Pinang lokasi terbaru Kem Bakat

PULAU PINANG bakal menjadi lokasi terbaru Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Pulau Pinang dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri serta Institut Sukan Negara.

Kem selama tiga hari itu dijangka berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Batu Uban pada 10 - 12 Jun 2011.

Kepada bakat-bakat di Pulau Pinang yang berusia 9 - 12 tahun yang berminat untuk menyertai kem ini,  boleh mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi JBS Negeri di talian 04-6554444/04-6551071.

22 Mei 2011

Kem Bakat Kelantan tarik penyertaan 58 peserta


KEM Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Panji telah berjaya menarik penyertaan seramai 58 peserta.

Program yang selama tiga hari itu antara lain mempunyai objektif  untuk mendedahkan golongan kanak-kanak berusia 9 - 12 tahun kepada teknik permainan yang betul dan bersistematik disamping menyemarakkan lagi  badminton dengan lebih tersusun di peringkat akar umbi.

Antara aktiviti program yang dikendalikan Lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek sambil dibantu jurulatih profesional Nusa Mahsuri ialah senam cergas, skill work, shuttle drill, pendedahan sistem pemakanan dan sebagainya.

Kelantan merupakan negeri ke lima selepas Selangor, Johor, Kedah dan Negeri Sembilan. Program telah ditutup dengan rasminya oleh Encik Md Sulji Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Puan Fazulia Zulkifli, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Encik Mahtar Timbalan Pengarah JBS Kelantan, Misbun yang bertindak selaku Ketua Jurulatih Program dan Encik Wan Erffan Wan Mohd Nasir, Pegawai Kemajuan dan Penggalakan JBS Kelantan.

 
 
 
 

10 Mei 2011

Isteri MB Negeri Sembilan tutup Kem Bakat



Foto: LIA MURNI MISBUN

KEM Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan dan Nusa Mahsuri (KBS-Nusa Mahsuri) peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Bangunan NCWO Seremban telah selamat disempurnakan oleh YM Raja Datin Seri Salbiah binti Tengku Nujumudin, Yang DiPertua Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat (Pekerti).

Pada majlis tersebut, YM Raja Datin Seri Salbiah yang juga isteri Menteri Besar Negeri Sembilan berkesempatan menyampaikan sijil penyertaan kepada 67 peserta diwakili seorang peserta. 

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Datuk Mohid Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Encik Burhanudin Jali, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Misbun Dato' Sidek, Ketua Jurulatih Program Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri, Haji Jalani Dato' Sidek, Penasihat Nusa Mahsuri dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri.
Untuk melihat paparan lebih banyak foto kem bakat peringkat negeri ini, sila klik disini

05 Mei 2011

Kem Bakat akan berkunjung ke Paroi 6-8 Mei

DALAM usaha menyemarakkan lagi arena badminton negara hingga ke peringkat akar umbi, Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara akan meneruskan program Kem Bakat Badminton.

Pada minggu ini, Dewan Badminton PEKERTI, Seremban Negeri Sembilan akan menjadi lokasi pilihan kem bermula dari 6 Mei ini untuk tempoh tiga hari.

Bagi bakat-bakat baru berusia 9-12 tahun di Negeri Sembilan yang berminat menyertai kem ini, boleh mendapat maklumat lanjut menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan di talian 06-7613163/06-7641480/06-7652523.
 

02 Mei 2011

67 peserta sertai Kem Bakat Badminton Kedah


Seramai 67 pelajar sekolah rendah seluruh negeri Kedah telah mengambil bahagian dalam Program Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara yang berakhir kelmarin.

Kem yang diadakan selama tiga hari di Kompleks Rakan Muda Baling itu mendapat bimbingan daripada jurulatih profesional yang diketuai Lagenda Badminton Negara, Datuk Haji Misbun Dato' Sidek.

Majlis perasmian penutup kem selamat disempurnakan oleh YB Dato' Dr Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah Haji Abdul Aziz Abdul Hamid, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Kedah, Haji Othman Abdul, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Kedah dan Haji Jalani Dato' Sidek, Penasihat Nusa Mahsuri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...