Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

25 April 2011

Kem Bakat Badminton bergegar pula di KRM Baling 28 - 30 April


SELEPAS Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri akan berkunjung ke Kompleks Rakan Muda Baling sebagai lokasi terbarunya mulai 28 hingga 30 April ini.

Seramai 60 peserta difahamkan akan menyertai program ini melibatkan semua daerah di negeri Kedah.

Lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek dijangka mengetuai barisan jurulatih profesional Kelab Badminton Nusa Mahsuri untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta sepanjang tempoh tersebut.

Bagi mana-mana yang ingin memperolehi info lanjut mengenai kem ini boleh menghubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah di talian 04-7324500.

17 April 2011

Kem Bakat Badminton di Johor tarik penyertaan 70 peserta

Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN
PROGRAM Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri 2011 peringkat negeri Johor telah menarik penyertaan 70 orang peserta yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor yang berakhir tengahari tadi.

Didalam program berteraskan teori dan praktikal  pada kali ini nyata cukup memberangsangkan bilamana kesemua peserta menunjukkan keghairahan ketika mengikuti setiap latihan dirancang walaupun ada dikalangan mereka terpaksa merehatkan diri seketika akibat keletihan. 

Lebih membanggakan lagi, kesemua barisan jurulatih diketuai Datuk Misbun Dato' Sidek cukup bersemangat dan gembira ketika memberi tunjuk ajar kepada para peserta.

 
 
 
"Setiap kali sesi latihan berjalan, para peserta sentiasa memberi komitmen tinggi untuk berlatih walaupun sebahagian besarnya baru pertama kali mengikuti menyertai program ini. Saya sendiri tidak menjangka para peserta begitu tekun untuk mempelajari apa yang diajar sehingga sanggup melupakan seketika untuk berehat pada waktu yang ditetapkan," ujar Misbun.

Selain Misbun, jurulatih Nusa Mahsuri yang turut hadir ke sini ialah Haji Roslin Hashim, bekas pemain No. 1 Dunia, Haji Jalani Dato' Sidek, Zulfari Abdullah, Misbun Shawal, Ridzwan Rahmat, Nornikman Hussin sambil dibantu wakil Insitut Sukan Negara, Cik Azimah Ahmad.

Untuk melihat lebih banyak foto mengenai kem ini, sila klik disini

14 April 2011

Kem Bakat Badminton di Johor esok

Mulai esok, Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan menjelajah ke negeri Johor bagi mengendalikan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri.

Kem selama tiga hari itu akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin.

Seramai 60 peserta dijangka mengambil bahagian dibawah kendalian lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek bersama-sama jurulatih profesional yang terdiri daripada bekas pemain No.1 Dunia, Roslin Hashim, Zulfari Abdullah, Ridzwan Rahmat dan Misbun Shawal Misbun.

04 April 2011

75 peserta gegar Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Selangor

Foto Oleh: Lia Murni Misbun

SERAMAI 75 peserta telah mengambil bahagian dalam Program Kem Bakat Badminton peringkat Negeri Selangor yang telah berlangsung di Kompleks Insitut Kemahiran Belia Negara Peretak, Kuala Kubu Bahru yang berakhir semalam.

Program tersebut anjuran Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara. 

Ia dikendalikan oleh tenaga jurulatih profesional diketuai lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek sambil dibantu oleh Hj Abdul Rahman Dato' Sidek, Zulfari Abdullah, Nor Nikman, Misbun Shawal Misbun, Misbun Ramdan Misbun, Ridzwan Rahmat dan ramai lagi.

Majlis penutup kem telah disempurnakan oleh Encik Madzrib Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara yang diwakili Encik Ghani Abdul Rahman, Pengarah Cawangan Kemajuan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir ialah Haji Wan Sallam Wan Yusoff, Pengarah IKBN Peretak, Encik Isa Aziz, Timbalan Pengarah Sukan JBS Selangor.

 

Untuk memperolehi foto-foto menarik mengenai kem ini, sila layari disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...