Kem Bakat Badminton KBS Selangor 2017 di TV3

Badminton Unlimited I Misbun Sidek

Badminton Unlimited I Episode 140

Badminton Unlimited I Misbun Sidek Badminton Clinic

Badminton Unlimited I Episode 138

Portal rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Kem Bakat Badminton KBS I Instagram

Kem Bakat Badminton KBS I Twitter

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019

Perasmian Penutup Kem Bakat Badminton KBS Peringkat Negeri Selangor 2019
Seramai 69 peserta mengambil bahagian pada program ini yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.

JADUAL PROGRAM KEM BAKAT BADMINTON KBS 2019

NEGERI SELANGOR
Tarikh: 1 - 3 Mac 2019

NEGERI PERLIS
Tarikh: 8 -10 Mac 2019

NEGERI PERAK
Tarikh: 15 - 17 Mac 2019

NEGERI SABAH
Tarikh: 22 - 24 Mac 2019

NEGERI JOHOR
Tarikh: 11 - 13 April 2019

NEGERI TERENGGANU
Tarikh: 18 - 20 April 2019

WP KUALA LUMPUR
Tarikh: 26 - 28 April 2019

(Nota: Bagi negeri-negeri lain akan dimaklumkan butiran jadual program termasuk tarikh dan lokasi yang akan ditentukan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri)

Info lanjut berhubung pendaftaran dan butiran kem ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri berhampiran dengan anda.

Sebarang pindaan atau perubahan terhadap program ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

14 November 2011

Jadikan Kem Bakat landasan perbaiki kualiti permainan - Borhan Dolah

 
 
Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN
KEM Bakat Badminton yang berakhir di Kompleks Sukan JBS Labuan kelmarin merupakan destinasi terakhir dalam siri kalendar aktiviti anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri sepanjang tahun 2011.

Kira-kira 15 destinasi telah terpilih dalam penganjuran program ini yang bermula Kuala Kubu Baharu bagi peringkat Negeri Selangor diikuti Johor (Larkin), Kedah (Baling), Negeri Sembilan (Seremban), Kelantan (Kota Bharu), Pulau Pinang (Batu Uban), Perak (Ipoh), Pahang (Rompin), Perlis (Kangar), Melaka (Tanjung Kling), Kuala Lumpur (Serdang), Terengganu (Kemaman), Sarawak (Miri), Sabah (Kota Kinabalu dan akhir sekali Wilayah Persekutuan Labuan.

Di Labuan, seramai 53 bakat baru menggalas cabaran selama tiga hari bermula 11 November 2011 lalu.

Majlis perasmian penutup program telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dato' Borhan Dolah.

Dalam ucapan ringkasnya, Dato' Borhan menyeru kepada semua peserta yang menjadikan program ini sebagai landasan untuk memperbaiki kualiti permainan dan sekaligus dapat mewakili negara suatu hari ini.

"Berkat bimbingan jurulatih berpengalaman seperti Datuk Misbun Sidek, saya berharap para peserta akan mengamalkan segala ilmu yang diterima untuk berjaya dalam sukan ini pada masa depan."ujarnya.

Turut hadir di majlis penutup ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Tuan Mohd Faizul Helmee Mohd Sab, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, YM Engku Musa Sayed Mohd dan Puan Fazulia Zulkifli.

08 November 2011

Lebih 60 dijangka sertai Kem Bakat Labuan

Sekurang-kurangnya 60 peserta akan mengambil bahagian pada Kem Bakat Badminton KBS/Nusa Mahsuri peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang akan dikendalikan lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Hj Sidek (gambar)  mulai 11-13 November ini.

Program selama tiga hari itu akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Labuan.

Perkara ini disahkan oleh pihak urusetia yang juga tuan rumah program, Jabatan Belia dan Sukan Labuan.

Labuan merupakan lokasi ke-15 program yang bermatlamat mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi dengan latihan sukan badminton yang lebih bersistematik dan betul. Selain dari itu, ia juga diharap dapat menyemarakkan sukan terkenal tanahair ini dikalangan masyarakat setempat.

09 Oktober 2011

Orang ramai banjiri venue teruja sentuhan Misbun


Foto Eksklusif: LIA MURNI MISBUN

SAMBUTAN yang diterima Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri ketika berkunjung ke Sabah cukup memberangsangkan apabila orang ramai saban waktu membanjiri persekitaran venue di Kompleks Belia dan Sukan Sabah dekat Putatan dari awal hingga berakhir majlis penutup kem tengahari tadi.

Kehadiran lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek disamping Haji Jalani Dato' Sidek, Haji Rahman Dato' Sidek dan bekas pemain No.1 Dunia, Haji Roslin Hashim sepanjang kem berlangsung nyata menarik perhatian orang ramai hadir dikala satu karnival belia peringkat negeri diadakan pada masa yang sama.

Program selama tiga hari itu anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara turut menerima kunjungan tidak disangka daripada Timbalan Ketua Menteri Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin dan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri Dibawah Bayu yang berpeluang melihat aksi demo oleh Datuk Misbun dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Borhan Dollah dan Pengarah JBSN Sabah, Haji Dahali Haji Matsin.

Seramai 65 bakat muda berusia 9 - 12 tahun dari beberapa daerah di Sabah termasuk Beaufort, Kudat, Pantai Barat dan Ranau menyertai program tersebut.



27 September 2011

62 peserta berjaya tamat latihan Kem Bakat di Miri


SELEPAS menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia, Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri telah mengorak langkah berkunjung ke Miri untuk peringkat Negeri Sarawak.

Kunjungan buat pertama kalinya ke salah satu bahagian terbesar di negeri Bumi Kenyalang itu telah menerima sambutan cukup memberangsangkan apabila seramai 62 bakat muda berjaya menamatkan latihan program tersebut dengan jayanya yang berlangsung di Dewan Permai, Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Miri selama tiga hari yang berakhir kelmarin.
 

22 September 2011

Kem Bakat Badminton terbang ke Miri esok

SELEPAS berakhir aktiviti di Semenanjung, Kem Bakat Badminton akan beralih arah terbang ke Malaysia Timur bagi memberi peluang bakat-bakat baru mengikuti latihan sistematik daripada jurulatih berkaliber.

Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Sarawak dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri dan Institut Sukan Negara telah memilih Miri sebagai lokasi program bagi negeri Bumi Kenyalang itu selama tiga hari mulai esok dan berakhir Ahad ini.

Lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Haji Sidek dijangka mengetuai barisan jurulatih profesional untuk memberi bimbingan kepada anak-anak Sarawak kali ini. 

Info ringkas Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat negeri Sarawak:
Tarikh: 23 - 25 September 2011
Venue: Dewan Permai, Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng, Miri
Info lanjut:
Hubungi Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (082-240631/248321)

19 Julai 2011

Kem Bakat bentuk disiplin tinggi peserta - Misbun

Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

KEM Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berakhir semalam di Kolej Kediaman Ke-11, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Serdang telah berjalan dengan lancar.

Program bermula Khamis lalu telah berjaya menarik penyertaan bakat muda berusia 9-12 tahun seramai 61 orang.

Ketua Jurulatih Program, Datuk Misbun Dato Sidek ketika memberi amanat terakhir sebelum bermulanya majlis penutup melahirkan rasa gembira dengan komitmen dan semangat kental dipamerkan para peserta walaupun sebahagian besarnya pertama kali menyertai program tersebut.

" Inilah intipati dan objektif utama kem yang bukan sahaja bermatlamat membimbing para peserta dengan kaedah permainan yang betul tetapi juga membentuk disiplin tinggi dikalangan bakat baru supaya mereka lebih bersedia apabila diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Saya yakin berbekalkan tunjuk ajar saya dan jurulatih Nusa Mahsuri, bakat muda ini diharapkan mampu mempraktikkannya sepertimana yang diarahkan. Setidak-tidaknya, ada peserta yang tidak pernah terfikir untuk pergi lebih jauh mampu menggunakan segala ilmu yang diterima untuk mewakili sekolah diikuti daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan pada masa akan datang.

Majlis penutup kem selama tiga hari itu telah disempurnakan oleh Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Tuan Haji Salleh Ghazali. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Kuala Lumpur, Noor Azma Deris dan Penolong Pengarah Pembangunan dan Kemajuan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli.

14 Julai 2011

Misbun kendali Kem Bakat KL di Serdang mulai esok

Lagenda Badminton Negara, Datuk Haji Misbun Dato' Haji Sidek dijangka akan mengetuai barisan jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri bagi mengendalikan Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai esok hingga Ahad.

Program selama tiga tersebut akan diadakan di Kolej Ke-11, Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Difahamkan seramai 60 orang bakat baru berusia 9-12 tahun di sekitar Kuala Lumpur akan mendaftarkan diri di meja urusetia esok.

11 Julai 2011

Kem Bakat mampu kembang prestasi bakat muda - Engku Azman

Foto Oleh: LIA MURNI MISBUN

"Ramai mengetahui sukan badminton ini bukan sahaja berkembang secara menyeluruh  di negeri Melaka tetapi di seluruh Malaysia. namun  bagi memperoleh teknik dan taktik permainan ini ke tahap lebih tinggi, ia memerlukan pendedahan tunjuk ajar yang betul.

"Saya yakin dikalangan para peserta telah mempelajari sukan ini bertahun-tahun tetapi peluang apabila bertemu dengan Datuk Misbun Sidek dan barisan jurulatih Nusa Mahsuri, sudah tentu akan mampu meningkatkan teknik, taktik dan strategi yang mungkin tidak pernah dilalui selama ini," ujar Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, YM Engku Azman Sayed Mohd.

Ketika berucap mewakili Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Negeri Melaka, YB Datuk Ab Rahman Ab Karim dalam majlis perasmian penutup Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Negeri Melaka kelmarin, Engku Azman  percaya para peserta yang mengambil bahagian dapat meningkatkan kualiti permainan bagi membolehkan masing-masing dapat mewakili peringkat sekolah, daerah, negeri dan seterusnya kebangsaan.

Selain itu, Engku Azman menambah, pihaknya juga merancang untuk mengadakan kem seumpama ini untuk melahirkan bakal-bakal jurulatih untuk memberi tunjuk ajar kepada para pemain badminton di peringkat negeri. Pada mulanya, kita merancang untuk mengadakan program tersebut tahun ini, tetapi ditangguhkan akibat kekangan kewangan. 

Katanya, menerusi penglibatan lebih ramai jurulatih berkaliber, kita yakin usaha kerajaan untuk melihat bakat-bakat baru diketengahkan ke peringkat lebih tinggi dan mengisi kekosongan pemain negara  suatu hari nanti mampu digapai. Secara tidak langsung ia juga dapat mengembangkan tahap prestasi jurulatih-jurulatih berkenaan dari masa ke semasa.

Seramai 68 bakat-bakat baru di seluruh negeri Melaka telah mengambil bahagian dalam program selama tiga hari yang diadakan di Dewan SMK Seri Tanjong dan Institut Koreksional Penjara Melaka, Tanjung Kling.

Selain Misbun, turut hadir memberi bimbingan kepada para peserta kem termasuklah bekas pemain nombor satu dunia, Haji Muhammad Roslin Hashim, Zulfari Abdullah, Misbun Shawal Datuk Misbun, Lok Chong Chieh, Ridzwan Rahmat dan Nornikman Hussin.
 Untuk melihat paparan lebih banyak foto-foto menarik kem negeri ini, sila klik disini

08 Julai 2011

Kem Bakat bergegar di Melaka mulai hari ini

KEM Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri akan ke Melaka mulai hari ini hingga Ahad.

Program selama tiga hari itu akan diadakan di Dewan Badminton SMK Sri Tanjung, Pantai Kundur, tanjung Kling dengan disertai lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek sambil dibantu barisan jurulatih profesional Kelab Badminton Nusa Mahsuri.

04 Julai 2011

Bakat muda perlu ambil kesempatan - Pengarah JBS Perlis

Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

KEMENTERIAN Belia dan Sukan Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri serta Institut Sukan Negara telah mengadakan Program Kem Bakat Badminton selama tiga hari yang berakhir kelmarin.

Program yang dimulai seawal pagi  dengan aktiviti senam cergas itu telah disertai seramai 61 bakat-bakat baru yang terpilih dari seluruh negeri Perlis.

Objektif kem antara lain bertujuan mendidik bakat baru berusia 9-12 tahun dengan sistem permainan yang betul selain mengenal pasti potensi mereka untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perlis, Tuan Haji Abd Haris Ishak yang menyempurnakan perasmian penutup kem tersebut menggesa para peserta yang mengambil bahagian akan menggunakan kesempatan untuk mempertingkatkan prestasi masing-masing selepas menerima sentuhan dan bimbingan daripada lagenda badminton negara yang juga Ketua Jurulatih Program, Datuk Misbun Dato' Sidek.

"Saya amat berharap apa yang dipelajari sepanjang tempoh kem ini berlangsung akan menambah lagi semangat dan ketekunan para peserta untuk pergi lebih jauh lagi dan tidak hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Bagi pihak jabatan, kami bersedia untuk memberi kerjasama terhadap sebarang aktiviti pembangunan sukan badminton pada masa depan supaya ia terus mekar di arena badminton negara.," ujar Haris dalam ucapan perasmian itu.

Turut hadir di majlis penutup tersebut ialah Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Puan Fazulia Zulkifli, Penolong Pengarah Bahagian Sukan JBS Perlis, Puan Siti Hasmah Hassan dan Penasihat Nusa Mahsuri, Tuan Haji Mohd Jalani Dato' Sidek.

Untuk melihat lebih banyak foto-foto kem di negeri ini, sila klik disini

30 Jun 2011

Kem Bakat KBS-Nusa Mahsuri 'mengaum' di Kangar esok

Barisan jurulatih Nusa Mahsuri....akan memberi tunjukajar kepada bakat muda Perlis.

Menyedari betapa pentingnya pembangunan di peringkat akar umbi, Kem Bakat Badminton anjuran Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri akan meneruskan kesinambungan programnya. Mulai esok, kem selama tiga hari itu akan 'mengaum' di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perlis, Kangar.

Lagenda badminton negara, Datuk Misbun Dato' Sidek sekali lagi dijangka mengetuai barisan jurulatih Nusa Mahsuri  bagi menyempurnakan misi membimbing bakat-bakat muda di negeri utara Semenanjung Malaysia itu.

Difahamkan seramai 60 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah berusia 9 - 12 tahun dari kawasan Kangar, Arau, Kuala Perlis dan Padang Besar akan mengambil bahagian dalam kem tersebut.

27 Jun 2011

63 sahut cabaran Kem Bakat Pahang


Foto oleh: LIA MURNI MISBUN

SERAMAI 63 orang bakat muda berusia 9-12 tahun telah mengambil bahagian dalam Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri peringkat Negeri Pahang selama tiga hari yang berakhir  di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin kelmarin.

Selain Datuk Misbun Dato' Sidek yang bertindak Ketua Jurulatih Program, turut hadir memberi bimbingan kepada para peserta kem ialah pemenang pingat Sukan Olimpik 1992 yang juga Penasihat Nusa Mahsuri, Haji Jalani Dato' Sidek sambil dibantu Zulfari Abdullah, Nornikman Hussin dan barisan pemain termasuk Misbun Shawal Datuk Misbun, Ridzwan Rahmat dan Lok Chong Chieh.

Lebih banyak foto menarik kem di negeri ini, boleh dilihat disini




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...